KECOH baru-baru ini foto seorang wanita yang dipercayai melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warganet
Foto wanita tersebut yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Jaya di Ipoh, Perak jelas menunjukkan gelang tangan (wristband) berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan beliau di bawah kuarantin Covid-19.
Adoi mak cik kenapa selfish sangat!
Susulan penularan rakaman itu, memetik laporan media tempatan, pemilik kafe berkenaan tampil membuat kenyataan di laman Facebook bagi menepis tohmahan bahawa premis tersebut gagal melakukan tapisan ke atas pelanggan.
Pemilik kafe yang menggunakan nama Facebook Nurul Chu Hada Karim berkata, perbuatan wanita itu melanggar peraturan Kementerian Kesihatan (KKM) turut menyebabkan orang di sekitar kawasan itu menjadi panik sekali gus menjejaskan peniaga lain di Meru Raya.
Sementara itu, di laman Twitter Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood turut terkilan dengan tindakan wanita tular itu yang dianggapnya boleh menyumbang kepada gelombang Covid-19 sekali lagi.
Kebanyakan netizen turut meninggalkan komen antaranya:
@HardymanMohamad:"Why is she so selfish?(Mengapa dia mementingkan diri sendiri?)
@begratefulmate: Ini namanya tiada rasa tanggungjawab dan anggap pandemik ini remeh.
@MissFrulein: Rakyat yang tidak bertanggungjawab.
Kita bukan budak-budak guys. Jangan la buat contoh yang tak baik untuk tatapan generasi akan datang. Kita sepatutnya memberi contoh dan tauladan yang baik-baik muat mereka bukan sebaliknya.
Mohon sedar!