SEMALAM, tiba-tiba sahaja tular mengenai 'tag pink' atau wristband identifikasi orang dalam kuarantin untuk Covid-19 didakwa milik seorang wanita yang fotonya sedang makan ditularkan bukan?
Sebenarnya korang tahu tak tentang tag itu?
[caption id="attachment_15559" width="1024"] SEKEPING foto tular mengenai tag pink berkenaan.[/caption]
Rentetan daripada kejadian semalam, SinarPlus mendapatkan penjelasan daripada Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Safiya Amaran.
"Ada yang ingat tag ni adalah untuk pesakit di hospital dan tak tahu pun yang pakai tag ni adalah orang yang sedang menjalani kuarantin Covid-19."
"Jadi, saya rasa penting untuk ramai orang tahu tentang tag ni," katanya.
Sebenarnya, tag berkenaan diberikan kepada mereka yang balik dari luar negara.
Artikel berkaitan: Makcik pakai gelang Covid-19 dicari, polis cari saksi bantu siasatan
"Semua yang dari luar negara, setelah tiba di Malaysia, mereka kena buat saringan Covid-19.
"Jika saringan awal positif, mereka akan terus ditahan dan dimasukkan ke dalam wad. Sebaliknya jika saringan awal negatif, mereka dibenarkan pulang dan diberi arahan untuk menjalankan kuarantin di rumah," jelasnya.
Mereka akan dipakaikan tag berkenaan sama sekali tidak boleh cabut sepanjang proses kuarantin.
Kenapa?
Ia supaya status mereka yang dalam kuarantin ini diketahui orang dan tidak boleh disembunyikan.
Penulis turut berkesempatan bertanya, selain orang dalam kuarantin, ada lagi tak sesiapa yang pakai tag itu di luar hospital?
Jadi korang dah tahu kan pasal tag pink ni?
Ingat, kuarantin adalah satu proses yang amat penting dalam kawalan wabak ini. Ini pandemik satu dunia tau!
Foto: Ihsan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Safiya Amaran.