BAGI yang tidak mahir memasak pulut kuning, pasti pulut tidak akan menjadi. Kadangkala akan jadi lembik dan ada juga yang kembang.
Sekiranya korang mahu mendapatkan hasil memasak pulut kuning yang cantik, berlemak dan lembut, boleh ikut petua dan tip yang dikongsi oleh salah seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Masmira Idris.
Menurutnya, resipi ini diperolehi daripada ibunya dan telah digunakan selama lebih dua tahun untuk berniaga dan kini dikongsi kepada umum di laman Facebook miliknya.
Bahan-bahan dan cara penyediaan:
- 1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
- Beras pulut susu akan buat pulut kuning jadi benyai dan lembik. Jika boleh, cari beras pulut yang panjang sedikit. Elakkan beras yang jenis montok-montok.
- Bilas 3 hingga 4 kali, rendam (sekurang-kurangnya 3 jam) dan letak serbuk kunyit dalam dua sudu besar.
- Sebelum kukus, perlu bilas semula dengan air paip. Sejat menggunakan penapis. Perlu dibilas balik untuk hilangkan bau kunyit berlebihan dan buat pulut tahan lebih lama. Jangan gunakan pewarna.
- Halis 1/2 inci (wangi dan buang angin)
- Kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus.
- Orang yang makan tidak akan perasan pun ada halia dalam pulut.
- Daun Pandan 5 helai (bagi pulut wangi)
- 3 helai dikoyak 3 dan ikat untuk diletak dalam pulut semasa mengukus.
- 2 helai koyak 3 untuk dibuat lapik pulut dalam periuk kukus.
- Panaskan air dalam pengukus dan masukkan beras pulut ke dalam pengukus.
- Tabur halia cincang sekata ke dalam pulut dan masukkan juga daun pandan tadi. Tutup dan kukus dalam 15-20 minit mengikut jenis pengukus atau kuantiti pulut. Kukus sehingga pulut masak.
- Santan segar dan pekat: 250 gram sehingga 300 gram
- Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas yang baru mendidih. Kemudian, masukkan garam sebanyak 1 1/2 sudu besar gula dan 1 1/2 sudu kecil garam. Larutkan gula dan garam tersebut.
- Seterusnya, masukkan santan pekat tadi. Kacau sehingga sebati. Jangan lupa rasa sedikit, pastikan ada rasa masin dan manis sedikit.
- Sediakan besen yang agak besar, masukkan pulut yang dah siap dikukus tadi. Keluarkan daun pandan, tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut. Terus kacau sehingga sekata semuanya.
Jangan risau jika kuah santan banyak kerana pulut akan menyerap habis kuah santan tersebut. Barulah pulut jadi lembut.
Pastikan kacau pulut sehingga rata dan hilang segala ketulan. Kemudian, tekan dan ratakan dalam besen tadi. Biar pulut rehat dalam 10 – 15 minit, baru cedok untuk bungkus atau makan.
INFO:
Pulut yang cuku lemak, kita akan nampak santan tersebut seperti bertali putih pada senduk.
Tak perlu kukus pulut untuk kali kedua selepas digaul dengan santan. Cukup sekali sahaja.
Jika dikukus semula, akan pecah minyak dan lemak santan tidak akan melekat pada pulut. Walaupun kukus sekali sahaja, insyaAllah pulut akan tahan lebih 36 jam diluar sebab kita dan bancuh santan dengan air panas.
KREDIT RESIPI & FOTO: MASMIRA IDRIS