Katak kuning tular, ini korang perlu tahu kenapa dia jadi kuning

Iklan
Elok betul kejadian dia. Bolah la try. ? #sinarplus #dominasigayahidup #makan-makan

KORANG pernah tengok tak katak berwarna kuning?

Ya! Katak warna kuning sebenarnya memang wujud guys. Kalau korang nak tahu amfibia jantan spesies bullfrog tersebut akan bertukar warna kuning setiap kali tiba musim mengawan yang berlaku ketika fasa peralihan monsun antara Jun dan Julai setiap tahun.

Iklan
Iklan

Menariknya, baru-baru ini tular di laman sosial apabila keunikan haiwan tersebut berjaya dirakam dan dikongsi di laman sosial Twitter.

Iklan

Rakaman tersebut diambil oleh kakitangan Taman Negara India ketika dia membuat tinjauan ke atas amfibia terbabit di Narsinghpur, Madhya Pradesh di India.

Iklan

Menerusi klip itu, kumpulan katak jantan yang berukuran 17.5 sentimeter dilihat cuba ‘memikat’ kumpulan kecil katak betina di sebuah kawasan lopak air.

Gelagat amfibia tersebut telah ditonton lebih 243,000 kali dan mendapat 11,600 like sejak dimuat naik di Twitter oleh Parveen Kaswan pada minggu lalu.

Kaswan turut menjelaskan katak tersebut tidak beracun malah ia kadangkala menjadi hidangan penggemar makanan eksotik.

"Lihatlah bagaimana ia menikmati hujan walaupun persaingan sangat sengit untuk ‘merebut’ katak betina,” ujarnya.

Menurutnya, fenomena tersebut juga tiada kaitan dengan musim koronavirus (Covid-19) dan serangan belalang juta yang melanda negara itu, baru-baru ini.

Spesies Hoplobatrachus tigerinus itu boleh ditemui di Afghanistan, Bangladesh, India, Myanmar, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka. - Agensi