[VIDEO] Untungnya pegawai keselamatan ini tak sangka dapat 'hadiah' daripada menteri

Iklan

UNTUNGLAH nama sama, kan?

Seorang pengawai keselamatan yang berkhidmat di Parlimen tidak menyangka menerima 'hadiah' daripada Menteri Luar Negeri yang kebetulan berada di bangunan itu untuk sesi sidang dewan.

Iklan
Iklan

Perkongsian video berdurasi 18 saat dalam akaun Instagram milik Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu tular dalam media sosial sehingga menerima lebih 80,000 tontonan.

Iklan

Tak kurang juga ada lebih 450 komen yang rata-rata 'mencemburui' hadiah berupa tanda nama yang diberikan secara spontan.

Iklan

Rata-rata warganet menyifatkan Ahli Parlimen Sembrong itu seorang pemimpin yang baik dan sentiasa rendah diri.

Tak kurang juga memuji kebaikan anak Tun Hussein tidak kira siapa dan di mana jua beliau berada.

Bagus juga ada pemimpin humble seperti ini. Bila jumpa, dapat salam dan balas senyuman pun dah cukup bagi rakyat marhaen. Betul, kan?