TANPA mengetahui khasiat sebenarnya pun memang ramai yang suka makan jantung pisang ni. Boleh dibuat gulai, kerabu, direbus buat ulam dicecah sambal belacan dan lain-lain.
Jika diikutkan masakan kampung memang tidak asing dengan makanan berasaskan jantung pisang ini. Tapi usah makan saja ya.
Ketahui khasiatnya yang dikongsikan oleh Bekas Timbalan Pengarah & Saintis Utama di Pusat Penyelidikan Makanan dan Teknologi MARDI, Dr Suri Roowi ini di Facebook beliau baru-baru ini.
Tinggi fiber
Jantung pisang tinggi kandungan fiber (5.74gm/100gm) dan tinggi antioksidan.
Antara bahan berkhasiat dalam jantung pisang adalah alkaloid, glikosida, steroid, saponin, tanin, flavanoid dan terpenoid.
APAKAH KHASIAT JANTUNG PISANG?
Kajian saintifik menunjukkan jantung pisang:
a. Membantu masalah pendarahan berlebihan semasa haid.
b. Tingkatkan tahap hormon progesteron dalam badan dan kurangkan masalah pendarahan.
(Kajian dalam jurnal Phytotherapy Research menunjukkan pemberian ekstrak jantung pisang selama 30 hari boleh menurunkan tahap gula dalam darah dan meningkatkan sel darah merah pada tikus)
c. Kajian juga menunjukkan jantung pisang susu mempunyai aktiviti antioksidan dan antidiabetes yang lebih tinggi berbanding pisang abu, berangan, nipah, mas dan rastali.
Sumber: Ubat Dari Dapur
#DrSuriRoowi KMN
Principal Scientist
Jadi usahlah 'makan hati'. Boleh makan jantung pisang ni ya. Banyak khasiat rupanya. -AG #janganputusasamalaysia