SITUASI dalam kehidupan di sekeliling kita yang mana ramai berhajat hendak menukar baju dari saiz XL kepada M atau setidak-tidaknya S memang selalu sangat kita jumpa.
Kadang naik kasihan dibuatnya, bukan sahaja pada diri sendiri, tapi pada golongan berkenaan. Apa taknya, hajat besar dan sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk turunkan berat, tapi semuanya umpama mimpi di siang hari.
Saiz tubuh badan dok statik macam itu juga...
Tidak dapat dinafikan, proses untuk menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai cara perlu dilakukan. Yang pasti pengurusan diet harus sesuai dengan diri masing-masing bagi mendapatkan berat badan yang ideal.
Tapi… Korang kena tahu juga, diet bukan sahaja mengatur pola makan yang seimbang dengan hanya sekadar mengurangkan porsi makanan. Tapi harus perincikan keseimbangan nutrisi yang masuk ke dalam badan.
Dalam masa yang sama, sepanjang mengamalkan diet yang baik kadangkala korang mesti terlebih 'ceduk' kan? Jangan panik, ini yang harus korang lakukan…
Menurut pakar dietetik, Mohd Khairul Azuan, pertama sekali adalah korang kena bertenang.
"Anda makan dalam 3,500 kalori barulah boleh bentuk satu pound lemak. Setakat satu potong kek atau kentang tu tak akan menjejaskan skala penimbang.
Seterusnya, kalau korang dah terlebih makan dalam satu tempoh tertentu, korang boleh potong sikit makanan pada menu juadah lain. Tambah je sayur atau buah-buahan untuk lebih kenyang, namun mempunyai kalori yang rendah.
"Ingat, jangan skip meal. Ia hanya akan mengakibatkan kesan yang lagi teruk tau!,” tulisnya lagi.
Selain itu, janganlah putus asa. Ingat, tiada yang sempurna dalam diet, tapi korang mesti cuba menjadi lebih baik setiap hari.
Kalau dah terlebih makan tu, tip yang paling berguna adalah korang jangan timbang berat badan pada hari berkenaan.
"Walaupun mungkin naik sedikit tapi itu mungkin retention air daripada garam yang korang makan. Timbanglah dua ke tiga hari kemudian ya,”.
Paling penting sekali, rekod setiap hari makanan yang korang makan.
"Jangan terlepas, jejak semula apa yang dimakan tu.
Nasihat Mohd Khairul Azuan, apa-apa pun maafkan diri sendiri dan move on atas ‘kesilapan’ tersebut. Selamat menjaga kesihatan. Moga bermanfaat.