Ramai ibu bapa terlepas pandang, kadang terlampau hisap puting pacifier melebihi dua tahun boleh mengganggu tumbesaran anak - Pakar

Iklan

SEJAK dahulu lagi, ramai ibu bapa yang suka beri puting bayi atau pacifier sebagai satu cara menenangkan bayi mereka.

Bukan itu sahaja, ia juga digunakan untuk mengelakkan si kecil daripada menghisap jari.

Iklan
Iklan

Namun begitu, penggunaannya turut menjadi kebimbangan segelintir ibu bapa bimbang golongan baru nak kenal dunia itu terlalu ‘bergantung’ kepada 'alat' itu.

Mengulas lanjut mengenainya, SinarPlus mendapatkan pandangan Pakar Kanak-Kanak merangkap Pensyarah Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Muhammad Yusoff Mohd Ramdzan.

Iklan

[caption id="attachment_15936" width="1024"] DR Muhammad Yusoff Mohd Ramdzan.[/caption]

"Penggunaan puting pacifier ada masa dan tempatnya. Ia tidak membawa kepada masalah perubatan atau psikologi selagi mana penggunaannya tidak menjangkau umur dua hingga lima tahun,” katanya.

Iklan

Artikel berkaitan: Jangan pandang ringan bila kepala bayi teleng dan senget

Sebagai makluman tambahan, perbuatan bayi di bawah umur satu tahun yang menghisap walaupun tidak menyusu dipanggil menghisap tanpa khasiat (non-nutritive sucking).

Menjelas lanjut mengenai itu, Dr Muhammad Yusoff turut menyenaraikan beberapa kelebihan dan keburukan penggunaan puting pacifier tersebut:

Kebaikan penggunaan puting pacifier:

1. Puting pacifier akan membantu menenangkan bayi ketika hendak tidur semasa dirinya rimas disebabkan faktor persekitaran (bising atau panas) dan ketika sakit (demam atau dicucuk untuk pengambilan darah atau pemberian vaksin). Ia kaedah mudah dan murah untuk mengurangkan kesakitan selain penggunaan ubat sapu atau penyembur ubat kebas.

2. Penggunaan puting akan mengurangkan risiko sudden infant death syndrome (SIDS). SIDS ialah situasi yang mana bayi dijumpai mati di dalam buaian tanpa apa-apa petanda atau sakit.

Kebanyakan mereka mati disebabkan oleh ‘terlupa’ bernafas atau lemas (tilam terlampau empuk, ditiarapkan untuk tidur dan lain-lain lagi). Banyak kajian yang dilakukan untuk merungkai kebaikan penggunaan puting dalam aspek ini. Ia masih tidak diketahui tetapi ada yang mengatakan ia membetulkan posisi lidah ketika tidur dan mencegah bayi ditiarapkan untuk tidur.

3. Puting pacifier membantu bayi pramatang melatih mengisap, mengurangkan kebergantungan terhadap tiub pemakanan dan menambahkan berat badan. Penggunaan puting dalam situasi itu bergantung kepada doktor dan jurupulih di hospital masing-masing.

Keburukan penggunaan puting pacifier:

1. Puting pacifier akan mengganggu bayi baru lahir menghisap susu badan. Ia boleh menyebabkan bayi terkeliru puting ibu dan puting tiruan. Ia juga mengurangkan motivasi ibu untuk menyusu badan kerana bayi sentiasa puas hati dan kurang menangis. Elakkan penggunaan puting bagi bayi berumur satu bulan ke bawah.

2. Berisiko menyebabkan jangkitan telinga bagi kanak-kanak berumur satu tahun ke atas. Proses menghisap akan mengganggu keseimbangan tekanan di antara telinga dan tekak, seraya menggalakkan pertumbuhan kuman. Kebersihan puting juga harus dijaga dengan baik. Basuh dengan sabun botol susu, keringkan dan simpan dalam bekas tertutup. Jangan biarkan ia terdedah merata-rata.

3. Penggunaan puting pacifier akan mengganggu pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Kejadian crossbite dan overbite adalah tinggi dalam kalangan kanak-kanak berumur dua hingga lima tahun.

Jadi, nasihat Dr Muhammad Yusoff, tiada halangan untuk menggunakan puting pacifier. Hadkan penggunaannya seperti yang ditulis di atas. Sebaiknya berhenti menggunakannya apabila kanak-kanak melebihi umur setahun.