Takut Ke Tak, masuk pawagam 27 Ogos depan!

Iklan
Filem Takut Ke Tak

SELEPAS pawagam dibenarkan beroperasi pada 1 Julai lalu, ramai penonton yang teruja untuk kembali menonton filem-filem menarik di layar lebar.

Dalam masa yang sama, filem-filem yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 juga bakal ditayangkan pada tarikah tayangan baharu yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

Iklan
Iklan

Tidak ketinggalan filem komedi seram terbitan Jazzy Pictures, Magician Pictures, Fast Forward Films yang berjudul Takut Ke Tak yang akan menemui penonton pada 27 Ogos  depan.

Takut Ke Tak mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang perlu menghasilkan sebuah filem untuk tugasan akhir mereka. Dikenali sebagai pelajar yang malas dan tidak fokus di dalam kelas, mereka perlu membuat yang terbaik supaya dapat menamatkan pengajian pada waktu ditetapkan. Mereka membuat keputusan untuk menghasilkan filem seram yang unik dan tidak klise.

Iklan

Filem arahan Muzzamer Rahman itu membariskan pelakon yang terdiri daripada Nabil Aqil, Han Zalini, Ika Nabella, Arwind Kumar, Ropie, Delimawati dan ramai lagi.

Takut Ke Tak menjalani penggambaran pada awal tahun 2019 dengan bajet pembikinan sebanyak RM1.8 juta

Iklan

 

(FOTO: GSC Movies)