Wanita hati-hati pilih gaya colour block, elak kelihatan pelik

Iklan
D6901AC5-639F-469F-A9C8-9C7AD244E621

PEMILIHAN busana warna terang seperti merah jambu, ungu, biru, hijau atau kuning membantu menyerlahkan penampilan seseorang.

Pada masa sama, ia juga menyuntik mood positif dan ceria sepanjang menjalani kehidupan harian.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, sebelum menyarungkan fesyen berasaskan palet panas, wanita perlu mengenal pasti item pakaian yang akan dipadankan.

Langkah tersebut bertujuan untuk mengelakkan kita kelihatan seperti badut atau pelik.

Iklan

Justeru, bagi meningkatkan keyakinan wanita tampil dalam stail colour block atau blok warna segmen Sihat Cantik berkongsi lima tip ringkas.

5 tip gaya colour block

Iklan

1- Suai dan padan salah satu item berwarna terang seperti baju, seluar atau skirt bersama warna lembut.

2- Pemilihan aksesori unik dan menarik juga membantu memberikan impak visual kepada si pemakai.

3- Penggayaan warna kontra yang betul merupakan salah satu kriteria dalam stail ini.

4- Wanita perlu berani menggayakan helaian pakaian cetakan seperti karakter kartun.

5- Suai dan padan baju-T atau kemeja yang mempunyai imej catchy bersama item pakaian warna lain.

*Perkongsian oleh pereka fesyen dan pengasas jenama Zuusaha, Nik Siti Zubaidah Sahar.

Foto: Instagram selebriti