Bina masjid: Aeril, Wawa pilih saham akhirat, tangguh bina banglo

Iklan
Untitled design

TERKESAN dengan ceramah pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad, menggerakkan pasangan romantis, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal untuk mendirikan sebuah masjid.

Menyifatkan ia sebagai saham akhirat dan tiket ke syurga, pasangan ini juga sanggup menangguhkan hasrat untuk membina sebuah banglo di Bangi demi projek tersebut.

Iklan
Iklan

"Pada awalnya, Wawa mendengar ceramah daripada Ustaz Abdul Somad mengenai tiket ke syurga. Ustaz tersebut berkata, jika ada wang binalah masjid untuk saham akhirat kita.

"Jadi Wawa cadangkan kepada saya dan kami sebelum itu ada bercadang untuk membina banglo di Bangi. Tapi Wawa kata tak mengapa perancangan rumah itu boleh ditangguhkan dulu sebab kami sudah ada rumah.

Iklan

"Kebetulan masjid di kampung halaman saya di Kampung Rengit, Batu Pahat sudah agak usang. Dari situlah timbulnya idea untuk menaik taraf masjid tersebut," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Wawa Cosmetics Edisi Glam Raya di Shah Alam hari ini.

Edisi Glam Raya terdapat dalam dua versi, Bukhari dan Muslim mengandungi set pengilat bibir, minyak wangi dan alat solek yang dijual pada harga RM79 seunit.

Iklan

Tambah Aeril, hasil penjualan produk terbaharu itu nanti akan disumbangkan bagi tujuan pembinaan masjid tersebut yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta.

Katanya, masjid yang dijangka dibina pada awal tahun depan itu boleh memuatkan kira-kira 700 orang.

"Saya kira masjid ini bukan daripada kami, sebaliknya pembeli produk ini adalah insan sama yang turut menyumbang untuk pembinaan masjid ini.

"Kami juga tidak bercadang menukar nama masjid tersebut hanya kerana kami yang menyumbang untuk kos pembinaan semula.

"Apa yang saya harapkan, masjid ini akan memberi manfaat kepada penduduk kampung kelak," jelasnya yang berharap sumbangan ini tidak disalah tafsir.

PENULIS: Aqmar Mustaza