Kopi Moccona dilancar secara rasmi di Malaysia

Iklan

JENAMA kopi buatan Belanda, Moccona dilancarkan secara rasmi di Malaysia bermula Julai 2020. Enam perisa uniknya boleh didapati di pasar raya dan kedai serbaneka.

Pengurus Besar Malaysia Jacobs Douwe Egberts (JDE), Alex Chuah berkata, produk-produk yang dilancarkan itu merangkumi Moccona Classic Medium Roast, Moccona Classic Dark Roast, Moccona Classic Decaffeinated, Moccona Espresso Style, Moccona Indulgence dan Moccona Hazelnut.

Iklan
Iklan

"Jenama kopi paling digemari di Australia itu diperbuat daripada dua jenis biji kopi terbaik di dunia iaitu Arabica dan Robusta. Moccona bertekad untuk memberi rakyat Malaysia pengalaman kopi premium dengan keselesaan dari rumah mereka.

"Enam rasa unik akan diedarkan oleh rakan pengedar kami iaitu DKSH di pasar raya dan kedai serbaneka berhampiran anda," katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Iklan

Sementara itu, Wakil Presiden DKSH Malaysia dan Singapura, Patrick Stillhart berkata, pihaknya yakin dapat membina jenama Moccona di Malaysia melalui saluran pengedarannya yang amat luas.

Buat masa ini, kopi Moccona dijual di AEON, Jaya Grocer, Kampung Grocer dan 99 Speedmart serta boleh didapati menerusi platform e-dagang di https://www.lazada.com.my/shop/moccona/.

Iklan

PENULIS: Azimah Binti Ghazali