PELAKON Miera Leyana, 27, selamat disatukan dengan lelaki pilihannya yang juga seorang usahawan, Rosland Othman, 40an, di sebuah hotel terkemuka ibu kota, malam tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Miera sendiri iaitu Datuk Seri Kasmi Arsat dalam majlis ijabkabul yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat.