SEKARANG ini ramai yang lebih terbuka untuk terjun ke dunia kesukarelawan yang lazimnya berkait kerja memberi bantuan dan kemanusiaan melalui badan bukan kerajaan atau NGO.
Nampak mudah dan menggembirakan apabila dapat membantu orang lain. Bagus tu... Namun sebenarnya, tanpa mental yang kuat sebenarnya, hasrat murni itu boleh putus di pertengahan tangan.
Apa tidaknya, sudah namanya manusia, golongan ingin dibantu ini pastinya mempunyai pelbagai peel atau karenah. Pendek kata 1,001 ragam yang tidak disangka.
Jika insan normal lain, jika sudah dihulurkan pancing, pasti akan berusaha untuk memajukan diri, malangnya jangan tak tahu masih ramai juga kelompok yang hanya suka diberikan 'ikan'. Aduhai...
Itu yang dikongsi Presiden NGO Dana Kita, Mohd Fadli Salleh yang berharap pengalamannya dapat dijadikan pengajaran bagi sesiapa yang mahu terjun dalam dunia sukarelawan. Hantarannya itu mendapat banyak perkongsian,
Sisi buruk penerima bantuan yang perlu diketahui
Ramai pula terkesan dengan post tadi. Ramai yang minta aku bersabar dan marah-marah kat sasaran.
Sebenarnya hal seperti itu banyak kali dah aku hadap. Bahkan lebih teruk. Cuma aku tak cerita sahaja.
Malam ni aku cerita sedikitlah sisi buruk penerima bantuan dan mereka meminta bantuan ni. Aku bercerita dengan harapan tiada lagi sasaran akan berbuat perkara seperti ini.
Juga sebagai persiapan mental untuk mereka yang baru nak berkecimpung dalam dunia sukarelawan.
Orang yang datang meminta bantuan ni, bukan semuanya jujur. Yang cuba ambil kesempatan pun ramai.
Pernah satu ketika, aku membantu satu keluarga. Datang bertemu aku bawa surat berhenti kerja, kena halau dari rumah, cerita macam-macam kisah sedih.
Aku usahakan bantuan. Cari rumah sewa lain. Katil, dapur gas semua siap bagi. Peti sejuk yang orang sedekahkan pun bagi lagi.
Tak cukup dengan itu, kerja pun aku bantu carikan. Minta kawan aku ambil dia bekerja untuk membantunya.
Selepas dua bulan, tuan rumah sewa call aku. Sewa dah tertunggak. Bil api air tak pernah bayar. Kawan aku yang bagi kerja pun hubungi. Disiplin kerja teramat teruk. Datang lewat, selalu cuti tanpa maklum. Call tak angkat.
Aku bagi lagi peluang. Bantu bayar bil, bantu bayar sewa, pujuk kawan aku terima lagi dia bekerja. Slow talk dengan dia suruh kerja elok-elok.
Namun peluang kedua itu pun dia sia-siakan. Lepas itu aku berlepas tangan terus. Ikut dia lah nak jadi apa pun, aku malas nak layan dah.
Habis cara dah bantu, tapi tak nak bantu diri dia. Kes seumpamanya ini beberapa kali aku hadap.
Ada pula kes taik judi. Kemain tabur cerita sedih susu anak lah, pampers anak la, langsung tak makan lah. Disebabkan masa tu sibuk, aku transfer la rm50.
Tu dia, habis kat mesin judi. Laki bini kaki spin. Jeng!
Dan usah terkejut ya, ramai orang miskin dan tak mampu ni cukup suka berjudi. Aku tengok henpon mereka, aplikasi judi real money berlambak beb.
Patutlah hidup susah, taik judi.
Yang kes dadah pun ramai. Penagih dan terus menagih tak nak berubah. Puas bantu, puas nasihat, siap bawa AADK lagi bagi nasihat. Pun tak jalan. Lantakkan.
Ada yang kemain bawa anak kecil datang jumpa minta bantuan. Kita bantu sungguh-sungguh serba serbi. Siap minta pusat zakat bantu lagi.
Persatuan penduduk hubungi siap hantar gambar dan bukti. Dia sangat bermasalah kat blok kediaman tu.
Suka buat hal dan cari pasal. Bawa balik lelaki entah siapa-siapa. Buat urusan jual beli dadah kawasan blok dan sebagainya.
Yang datang bersungguh-sungguh minta bantu modalkan berniaga. Cakap pasti akan buat sungguh-sungguh. Lepas habis beribu belikan dia alatan niaga, semua tu terperuk kat bucu dinding.
[caption id="attachment_16263" width="1024"] Mohd Fadli (kiri) bersama ahli Dana Kita.[/caption]
Bila ditanya bermacam-macam alasan diberi. Datang jengok 3-4 bulan lagi, semua alatan dah dijual murah-murah. Alasan nak bayar sewa rumah. Padahal kalau dia berniaga betul-betul, bukan setakat sewa rumah boleh bayar, bil astro pun mampu kot.
Macam-macam kisah di belakang tabir sebenarnya yang aku dok hadap selalu. Cuma aku tak pernah tulis saja sebelum ini.
Ni alang-alang tulis, biarlah jadi pedoman buat kawan-kawan yang ingin terjun dalam bidang ini.
Semangat kena kental. Ada masa kena tegas sungguh. Ada masa kena tolak ansur. Dan ada masa kena tinggalkan mereka terus.
Jalan ini tidak mudah. Sentiasa ada cabaran dan rintangan. Terus kental dan bertahan. Kerana ujian yang hadir ini semuanya akan mematangkan.
Nota : Gambar sekadar hiasan. Tiada kaitan dengan isi artikel ini.
Mohd Fadli Salleh,
Presiden NGO Dana Kita.
#MFS
- Disebalik kisah -
Sumber: FB Mohd Fadli Salleh
Buat mereka yang berhasrat menjadi sukarelawan, memang bagus niat tu. Apa pun, persiapan bagi menghadapi situasi dikongsikan beliau ini harus diambil pedoman, supaya mental tak cepat koyak ya ... -AG #janganputusasamalaysia