Ramai tak sedar, sejak 2007 lagi tak dibenarkan mana-mana produk guna perkataan 'LULUS KKM'

Iklan
Untitled design - 2020-07-28T175349.426

PASTI jika membelek sesuatu produk diri, terbaca saja perkataan 'LULUS KKM' dalam sesuatu produk, timbul rasa yakin untuk membelinya bukan?

Ramai sahaja mak cik pak cik yang percaya jika ada 'tulisan' itu pada sesuatu produk. Begitupun, ketahuilah bahawa tulisan sedemikian 'tidak boleh dipercayai' ya.

Iklan
Iklan

Ikuti penerangan Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah ini:

Boleh nilai sendiri

Iklan

[caption id="attachment_16304" width="1024"] Perkongsian Dr Suhazeli.[/caption]

Saya tidak nak komen lebih mengenai promosi jualan mandian bidara ini. Netizen boleh nilai sendiri atas customer empowerment yang telah banyak ditulis sebelum ini oleh ramai doktor bertauliah.

Iklan

Saya cuma nak tegur bab penggunaan perkataan"LULUS KKM'. Sebenarnya pihak berkuasa kawalan dadah Kebangsaan (NPRA) telah pun mewartakan dalam website rasmi mereka sejak 2007 lagi bahawa tidak dibenarkan mana-mana produk menggunakan perkataan"LULUS KKM".

Perkataan sedemikian boleh:

1️. Mengelirukan masyarakat

2️. Dianggap seolah-olah cuba menipu masyarakat bahawa produk yang berkenaan diluluskan untuk mengubati penyakit-penyakit yang diiklankan.

3️. Menjadikan tanggapan masyarakat bahawa produk itu telah lulus dari sudut kajian keberkesanan, ujian keselamatan dan tahap kualiti pembuatan. Sedangkan ia tidak dibuktikan melalui ujian klinikal.

Bersikap jujurlah dalam membuat promosi.

Kredit: FB Dr Suhazeli Abdullah