Cara mudah tebus kredit RM50 dengan Program e-Penjana terus ke dalam akaun e-wallet

Iklan
Cara mudah tebus kredit RM50 dengan Program e-Penjana terus ke dalam akaun e-wallet

BERITA baik buat semua, terdahulu, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dalam usaha merangsang dan memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat daripada wabak pandemik Covid-19.

Salah satu inisiatif yang diambil di bawah pelan tersebut adalah pengenalan program kredit e-Penjana.

Iklan
Iklan

Apa yang menarik, program ini melibatkan peruntukan bernilai RM750 juta dan seramai 15 juta rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada program ini.

Iklan

Melalui program e-Penjana, pengguna akan dikreditkan RM50 dalam akaun e-wallet yang mana ia kini sudah pun boleh ditebus dan diguna pakai. Korang dah boleh mula menebus hari ini sehingga 24 September 2020.

Terdapat tiga aplikasi e-wallet yang mengambil bahagian dalam program ini, termasuklah Touch n Go, GrabPay dan Boost.

Iklan

Difahamkan, proses pengesahan untuk penebusan akan mengambil masa sehingga lima hari sebelum wang dikreditkan dalam akaun e-wallet pengguna.

Bagaimana nak tebus? Jom SinarPlus kongsikan cara untuk menebus daripada ketiga-tiga aplikasi ini.

1.Touch n Go e-Wallet

Langkah 1: Pastikan korang memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera dan kemas kini aplikasi Touch n Go e-wallet dengan versi terkini.

Langkah 2: Buka aplikasi dan klik pada kotak program e-Penjana di halaman utama aplikasi.

Langkah 3: Tandakan (/) pada terma dan syarat dan klik butang ‘Claim Now‘.

Langkah 4: Sahkan akaun terlebih dahulu. Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan dan klik butang ‘Submit’.

Langkah 5: Setelah selesai, butiran korang akan diproses dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja. Jika berjaya, korang akan menerima satu notifikasi yang menyatakan permohonan telah diluluskan.

2.Boost

Langkah 1: Pastikan korang memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera.

Langkah 2: Buka aplikasi dan klik pada kotak insiatif e-Penjana di halaman utama aplikasi.

Langkah 3: Klik pada kotak ‘RM50 ePENJANA’ dan penguna perlu sahkan butiran akaun terlebih dahulu (termasuk nama penuh & kad pengenalan).

Langkah 4: Setelah selesai, maklumat yang diberikan akan diproses dalam tempoh lima (5) hari masa bekerja.

3.GrabPay

Langkah 1: Pastikan korang memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera & kemas kini aplikasi Grab dengan versi terkini.

Langkah 2: Buka aplikasi dan klik pada kotak program e-Penjana di halaman utama aplikasi.

Langkah 3: Kemudian, klik butang ‘Next’

Langkah 4: Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan

Langkah 5: Butiran korang akan diperiksa dan diproses dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja.

Mudah bukan? Apa lagi guys, jom tebus sekarang!