Amitabh Bachchan akhirnya pulih dari jangkitan Covid-19

Iklan
Untitled design (11)

MEGASTAR Bollywood, Amitabh Bachchan akhirnya bebas dari wabak pandemik Covid-19 dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter miliknya, bintang yang terkenal dengan filem Kabhie Kushi Kabhie Gham itu memaklumkan sudah dibenarkan pulang selepas menjalani tempoh kuarantin di Hospital Navanati, India sejak pertengahan Julai lalu.

Iklan
Iklan

"Saya disahkan negatif dan sudah dibenarkan discaj. Saya kini berada di rumah untuk proses kuarantian.

"Saya juga berterima kasih atas penjagaan rapi oleh Hospital Nanavati yang membolehkan saya menyaksikan hari ini," tulisnya.

Iklan

Selain Amitabh, turut sama disahkan positif Covid-19 adalah anaknya Abhishek Bachchan, menantu Aishwarya Rai dan cucunya, Aaradhya.

Bagaimanapun Aishwarya dan Aaradhya telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital minggu lalu sementara Abhishek masih positif dan terus menerima rawatan di hospital.

Iklan