SEMPENA Raya Korban baru-baru ini, mesti ramai lagi ada lebihan daging korban di peti sejuk tu yang belum dimasak. Buntu tak tahu daging tu nak masak apa?
Menurut tuan punya resipi, kalau ada daging korban boleh buat resipi ni.
"Semalam mummy buat semua tetamu memuji, mummy suka hatiii.
"Daging bakar acah-acah Daging HariRimau Nanges," kongsi beliau di posting Facebook nya yang mendapat banyak perkongsian warganet beberapa hari lalu.
Resipi daging bakar acah-acah Daging HariRimau Nanges
Bahan-bahannya:
2 kilo daging (daging batang pinang lembut) rebus besar-besar dalam pressure cooker
Dah siap empuk, angkat dan gaulkan sos
5 sdb sos cili Maggi
5 sdb sos tiram-Seafood Adabi
6 sdb sos black pepper
6 sdb sos ikan
1 1/2 sdb black pepper guna dalam botol yang berbiji halus tak dak sendiqi tumbok?
2 sdb gula
Sedikit garam
1/2 cawan minyak
Bakar sekejap untuk bagi sedikit garing. Guna air fryer.
-lapik aliminium foil supaya sos tak jatuh ke bawah dan bole ambik dan sapu setelah daging dingkat.
Daging tu bila angkat letak dalam pinggan, sapu lebihan sos yang ada..
Atau cara lain:
Daging tak perlu rebus, hanya perap dengan semua bahan dan perap semalaman.
Bakar sampi masak. Cara ini daging lebih berjuicy.
Sos pencicah:
1 cawan air suam
Segenggam asam jawa ramas keduanya ambil air saja
3 sdb sos ikan
1 sdb jus limau nipis atau jus dari 2 biji limau kasturi
3-5 sdb gula kabung Thai
15 cili padi merah Thai tumbuk
10 ulas bawang merah hiris nipis-nipis
5 ulas bawang putih dadukan halus-halus
Sedikit cili sos- tak letak pun okey
1 sdb beras disangai dulu kemudian ditumbuk
Daun ketumbar hiris nipis
Campur semua bahan.
Masak atas api sehingga mendidih kemudian tambah bancuhan air tepung jagung jika suka.
Bancuhan sos kalau tak guna tepung jagung tak payah masak pun tak apa.
"Resipi asal gugel saja.. Ada sedikit penambahan bahan-bahan. Kalau ada salah silap harap dimaafkan.
Hangpa buat la bagi sesedap cinta rasa dan perasaan hangpa, hahaha..".
Kredit: Makcik Ratu via Resepi Air Fryer [Malaysia]
ANEKDOT
Menurut perkongsian iluminasi.com, Sua Rong Hai merupakan sejenis makanan dari Timur Laut Thailand yang secara ringkasnya dimasak daripada daging dada lembu diperisakan dengan rempah ratus, dipanggang dan dihiris menjadi kepingan kecil.
Dimakan bersama pulut dan hidangan lain, namanya diberikan berdsarkan mitos tempatan yang bermaksud harimau menangis.
Untuk pengetahuan daging harimau menangis ini merupakan bahagian daging lembu yang memang lembut dan mempunyai sedikit lemak.