'Hana rindu mama sangat-sangat' - Anak pensyarah reda pemergian ibu yang maut dijerut

Iklan

LUAHAN hati seorang remaja yang kehilangan ibu tercinta dengan penuh tragis mengundang sebak dalam kalangan warganet yang turut bersimpati dengan musibah yang berlaku.

Satu hantaran yang dikongsi dalam akaun Facebook milik Hana itu tular dalam media sosial selepas kecoh mengenai pemergian seorang pensyarah yang maut di tangan suami sendiri.

Iklan
Iklan

Apa yang menyentuh hati warganet, kata-kata yang dizahirkan itu menggambarkan betapa sebaknya sanubari Hana yang amat merindukan ibunya.

Iklan

Rata-rata warganet yang mengikuti berita tragis yang disiarkan dalam Sinar Harian juga turut menitipkan doa dan kata-kata semangat buat adik ini.

Iklan

Ada juga yang mengharapkan adik Hana diberikan kekuatan untuk berdepan dugaan berat dan tidak boleh membayangkan perasaannya apabila tahu si pelaku adalah bapanya sendiri.

Moga adik Hana dapat tenangkan fikiran dan doakan yang baik-baik sahaja untuknya. #janganputusasamalaysia