SEJAK dahulu lagi masyarakat kita sudah biasa dengan keadaan terutama bayi yang dibuai. Semuanya kerana ia dikatakan dapat membantu terutama golongan ibu untuk menidurkan si kecil.
Begitupun, masih ada yang tak pasti atau ragu-ragu untuk menggunakannya selain sebahagian yang lain lebih selesa dengan 'kemudahan' itu. Kenapa...? Setiap ibu bapa ada jawapannya.
Akan tetapi, sebenarnya ada faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum menggunakan buaian untuk mendodoi bayi. Sebagai ibu bapa terutama yang hendak menggunakan buaian bagi si kecil, mereka perlu ada ilmu ni.
Itu yang dikongsikan doktor dari utara tanah air ini baru-baru ini dalam postingnya ini yang banyak di'share:
"OK ke guna BUAIAN untuk baby anda? Apa baik buruknya?" Kita yg VETERAN naik BUAI... OK je....
A. Doc dan anda ketika dalam rahim ibu dikelilingi air ketuban. Ketika tu doc/ anda dah diBUAI ibu kita ke sana ke mari. Terapung-apung dalam rahim ibu. Kejap lena nyenyak, kejap tendang-tendang atau siku-siku perut ibu kita suruh buai lagi... Nakai betui kita ni.
Bila dah beranak di dunia ni.... kita nak juga dibuai..... Dalam fikiran anda elok dibuai atau tak di dunia ni? Ingat lagi tak lagu ni masa kita kecil-kecil dulu:"Buai laju-laju, sampai hujung sana" ....... Seronok kan dibuai.....tapi NAK LAJU-LAJU... Betui3.
B. Setiap bayi/ anak anda berbeza perkembangan development SENSORI /MOTOR masing-masing. Ada bayi yang letak je di atas lantai, lamik atau tilam, terus lena dengan sendirinya.... Ni yang dikata"SENANG BELA" yang semua ibu bapa idamkan.
Ada bayi yang"SUSAH BELA" perlu ditepuk-tepuk berjam-jam, menyanyi, selawat atau usap-usap kepala tapi anak tetap tak nak lena. Ada yang dukung sambil didodoi, baru nak tidur. Sebab tu ramai daripada kita pilih BUAIAN sebagai cara terbaik tidurkan bayi kita.
C. Ugais tau kan penggunaan buaian sebagai tempat tidur bayi. Cara tradisional, tali buaian digantung di siling rumah. Yang moden pakai elektrik untuk pergerakan dan hayunan buaian.
D. Kelebihan buaian:
1. Buaian boleh menenangkan bayi sebab baby rasa seakan-akan mereka seperti dalam rahim ibu ketika dulu.
2. Buaian tradisional ataupun buaian moden elektrik boleh memberikan bayi perasaan bergerak dan belajar untuk imbangkan badan setiap kali buaian bergerak. Ini adalah satu cara untuk merangsang deria vestibular (keseimbangan & pergerakan) yang penting untuk skill gross motor anak kita.
Artikel berkaitan: 9 tanda bayi terkena jangkitan dek kuman ‘miss V’, rektum ibu ketika dilahirkan. Bahaya dibiarkan!
E Keburukan buaian:
1. Paling banyak kes yang dibawa ke bilik kecemasan di klinik doc ialah:
– Kes rangka buaian hempap bayi
– Kes buaian terputus & bayi terjatuh
Kesian tengok kecederaan baby, nak emak ayah atau pengasuh jadi serba salah. Maklum le, Kemalangan tak diduga!!
2. Kalau emak ayah jenis PANAS BARAN... Baby sawan tangis, dibuai tak lena-lena. Lepas GERAM... Emak ayah yang TANTRUM. Maka hayun kasi LAJU...
– Terjadi Kes bayi tercampak.... Tu kes berat... Bincut le, patah atau retak tulang atau pendarahan otak.... Mampus camana nak jawap???
3. Ada kes:
– Kes bayi tersedak susu & lemas.... Sesak nafas ke baby..
– Ada kes bayi turun sendiri buaian. Hilang pi di mana? Buaian kosong, tiada baby. Baru le ugais kelam kabut...
4. Kes paling berat yang anda sebagai emak ayah perlu tahu:
– Kes"Shaken Baby Syndrome”
Ada kajian mengata buaian tak bagus, nanti otak anak bergegar... risiko"Shaken Baby Syndrome” atau"otak bergegar”. Ia terjadi kalau goncangan buaian terlalu kuat yang akan jadi gegaran dan pendarahan di otak... SUBDURAL HAEMORRAGE..
Ia boleh jadi juga jika henjutan buaian tanpa henti yang menyebabkan otak bayi digoncang-goncang dalam tengkorak lalu pendarahan dalam otak baby akibat CONCUSSION OTAK baby..... Cacat otak le nanti.
E. Nasihat doc:
1. Anda nak buai bayi dalam buaian tu boleh je. . Buai anak untuk lenakan mereka je. Bila anak tu dah lena, kita stop je membuai. Tak payah buai berjam-jam atau buai kuat-kuat tau!!
2. Buh (letak) bantal atau tilam bayi di bawah buai. Kain buai jangan tinggi sangat daripada lantai tau!! Elak tragedi yang tak ingini.
3. Tidur baby anda di baby cot, atas katil atau lantai lebih baik dari di atas buaian.
*INGAT.... ANDA SEMUA IBUBAPA YANG TERBAIK!! Buat pilihan terbaik untuk anak anda.
Kredit: FB Doc Abdul Rahim Nor