SUDAH lama sebenarnya brader ini perhatikan seorang mak cik berbangsa India yang berjualan nasi lemak di tepi jalan.
Entah kenapa, satu hari dia tergerak hati untuk singgah dengan niat nak beli juadah sarapan pagi sebelum ke tempat kerja.
Namun, perkongsian pemilik akaun Twitter, Roob Ganesan yang sempat berbual dengan mak cik tersebut boleh bikin hati warganet sebak.
Niat di hati mahu menolong untuk mencari kerja yang lebih baik memandangkan keadaan kesihatan mak cik ini.
Barangkali sudah tertulis rezeki wanita itu apabila Ganesan ada kawan yang sedang mencari pekerja untuk mengupas bawang.
Terus aku cuba linkkan mereka. Aunty cakap:"Terima kasih banyak, macam tuhan awak dua datang tolong saya".
Mulia sungguh hati pemuda ini membantu mereka yang memerlukan. Bukan soal duit yang menjadi keutamaan, tetapi ‘memudahkan cara’ itu pun sudah meringankan beban.
Bak kata Ganesan:"Kadangkala, orang tak nak duit dihulur, mereka nak kerja. Supaya kelangsungan hidup terjamin. Kita nak tolong, tak semestinya kasi duit je. Tolong dari apa segi pun, asalkan ikhlas.”
Rata-rata warganet yang mengikuti kisah yang dikongsikan Ganesan memberikan reaksi positif dan masing-masing memuji kesungguhan mereka membantu meskipun dengan individu tidak dikenali.