Myvi, Axia, Bezza - 3 kenderaan Perodua yang terlaris di Malaysia

Iklan

SABAN hari, barangkali boleh dikatakan orang ramai sudah semakin yakin dengan kemampuan jenama tempatan.

Buktinya, jalan raya di Malaysia dibanjiri dengan pelbagai jenis kereta tempatan seperti keluaran Perodua, antaranya Myvi, Axia dan Bezza. Tiga model tersebut kian menjadi perhatian terutamanya dalam kalangan anak muda.

Iklan
Iklan

Selain aspek keselamatan, faktor harga serta minat, pastinya semangat menyokong produk tempatan membuatkan mereka turut tidak mahu ketinggalan membeli dan menyokong jenama tersebut.

Menarik untuk diketahui, Perodua telah mendaftarkan 23,203 unit kenderaan pada Julai 2020, mengatasi Jun sebagai bulan jualan tertinggi setakat tahun ini sebanyak 9.2 peratus,dan meningkatkan jumlah jualannya (YTD) setakat tahun ini kepada 97,373 unit.

Iklan

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pengeluar kenderaan tersebut menganggarkan penguasaan pasaran Julai dan YTD sebanyak 40 peratus dan 42 peratus masing-masing, diterajui Myvi, Axia dan Bezza dengan 29,313, 28,107 dan 25,416 unit dijual masing-masing.

[caption id="attachment_17072" width="1024"] DATUK Zainal Abidin Ahmad.[/caption]

Iklan

Zainal menambah bahawa Perodua mengamalkan konsep simple, slim and compact dalam semua operasinya. Ia merangkumi interaksi dengan semua pihak berkepentingan, di samping sentiasa mengutamakan insan.

Padanlah juga dengan sambutan diterima daripada pelanggan ya...

Apa kata mereka?

Dalam pada itu, SinarPlus turut mendapatkan beberapa pandangan daripada orang ramai mengenainya:

"Saya memang daripada awal berhajat untuk memilih Perodua Myvi sebagai kereta pertama saya selepas bergraduasi. Alhamdulillah, saya bangga dengan jenama Malaysia. Paling penting setanding dengan harga dan rekaannya," - Siti Aisah, 24, Kuala Lumpur.

"Ini adalah kereta kedua saya. Kereta pertama saya juga merupakan daripada jenama yang sama. Saya rasa sangat berbaloi kerana Perodua Bezza sangatlah jimat minyak. Itu yang paling saya 'jatuh cinta'," - Marzuki Ariffin, 41, Pasir Mas, Kelantan.

"Baru sahaja melaporkan diri sebagai seorang pendidik sebulan yang lalu, saya memilih Perodua Axia sebagai kenderaan ulang alik ke tempat kerja. Sepadan dengan ruang dan saiznya, saya sangat 'jatuh hati' dan bangga kerana itulah kenderaan pertama atas nama saya sendiri. Alhamdulillah," - Faizol Ismail, 26, Sungai Petani, Kedah.