SINAR PLUS 2 OGOS 2020

Iklan
bambang soteto

BAMBANG SUTRISNO SOTETO, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri kosmetologi tanah air. Bukan calang-calang orangnya.

Beliau merupakan antara pendandan rambut profesional tempatan yang memiliki pengalaman menginjak hampir dua dekad.

Iklan
Iklan

Sentuhan magisnya sering menjadi dambaan ramai bermula daripada orang kebanyakan, selebriti hinggalah golongan VIP. Hasil jari-jemari jejaka berusia 39 tahun itu melentur lembut helaian rambut pelanggan lelaki ataupun wanita tidak pernah mengecewakan.

Menerusi sesi konsultasi dan melihat personaliti seseorang, beliau yang mesra disapa Bambang pantas mengenal pasti jenis potongan dan kod warna bersesuaian.

Iklan

Pun begitu, tutur Pengerusi Syarikat dan Pengarah Dandanan Rambut Profesional Hairkunst Sdn Bhd itu, kelebihan tersebut tidak diwarisi dalam tempoh masa singkat. Mengapa?

Iklan

Ikuti perkongsian Bambang dengan melayari E PAPER SINAR PLUS   terbitan Sinar Harian secara digital pada setiap minggu.

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat dan gaya hidup turut disajikan antaranya, Suami Beremosi Bila Hilang Kerja dan Aidiladha Dengan Rendang Maman.