[VIDEO] 'Nasib baik kami sekeluarga selamat' - Kereta berpusing sebelum sipi dilanggar treler

Iklan

MALANG memang tak berbau. Insiden menimpa adik ini memang buat jantung berdebar-debar apabila melihat rakaman yang berjaya dirakam ketika berdepan kemalangan.

Perkongsian pemilik akaun Twitter, @nadzrhhhh pastinya satu pengalaman yang tidak akan dilupakan olehnya sampai bila-bila.

Iklan
Iklan

Mendebarkan tatkala kita yang menonton rakaman tersebut terdengar jeritan suara wanita yang mengungkap"....lailaha illallah... ayah..lailaha illallah... ayah" sebelum kereta dinaiki mereka berpusing.

Dalam masa sama sebuah treler muncul di laluan kecemasan. Barangkali cuma mengelak kereta yang terbabas di laluan hadapannya.

Iklan

Sempat berkongsi pengalaman menakutkan itu, @nadzrhhhh berkongsi video berdurasi 14 saat dengan kapsyen 'alhamdulillah allah selamatkan nyawa kami sekeluarga'.

Iklan

Kecut perut bila menonton video pendek itu. Rupa-rupanya kereta terbabit terlanggar kepingan besi di tengah laluan.

Rata-rata yang menonton video pendek itu menitipkan kata syukur dan tak kurang juga berkongsi pengalaman sama berdepan musibah kemalangan di lebuh raya.

Syukur keluarga @nadzrhhhh selamat. Bagi yang memandu, berhati-hatilah dan jaga jarak pemanduan. #janganputusasamalaysia