[VIDEO] Melaka dilanda ribut teruk, warganet kongsi rakaman kejadian yang mendebarkan

Iklan
Untitled design - 2020-08-11T152320.405

DAHSYATNYA kejadian ribut yang melanda negeri Melaka pagi tadi. Banyak perkongsian video dan foto dalam kalangan warganet tentang kejadian yang sememangnya tidak disangka sampai sebegitu sekali.

Bumbung rumah banyak yang tercabut. Antara yang teruk terjejas ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Malim yang mana enam muridnya mengalami cedera ringan, luka-luka di kepala dipercayai dihempap siling.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_17457" width="1024"] Akibat kejadian ribut di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Malim.[/caption]

Iklan

Sementara itu, 22 murid sekolah itu turut diberikan rawatan oleh petugas keselamatan ekoran mengalami trauma, lapor berita tempatan.

Banyak gerai tepi jalan yang diterbangkan angin. Lebih mengejutkan pokok-pokok juga banyak yang tumbang menyembah bumi.

Iklan

Lebih malang kepada pemilik-pemilik kereta dan motosikal apabila banyak kenderaan yang rosak akibat ditimpa pokok dan bumbung.

Setakat ini jumlah keseluruhan kerugian belum dapat dipastikan.

https://www.facebook.com/mfd.crew.5/videos/pcb.3179103478810922/587477442130307/?type=3&theater

Kredit: GENG MELAKA

https://www.facebook.com/mfd.crew.5/videos/pcb.3179103478810922/587477545463630/?type=3&theater

Kepada mereka yang mengalami kerugian dan kerosakan harta benda akibat kejadian alam ini moga bertabah. Pada yang kurang berkemampuan moga dapat dibantu. -AG