Game ciptaan anak tempatan juga wow! Bakal tembusi pasaran antarabangsa.

Iklan
Game ciptaan anak tempatan juga wow! Bakal tembusi pasaran antarabangsa.

SYARIKAT pencipta permainan video tempatan, Metronomik bakal melancarkan permainan video sulungnya di peringkat antarabangsa berjudul ‘No Straight Roads’ pada 25 Ogos ini.

Di Malaysia, komuniti permainan video (game) sangat besar dan pendedahan mengenai potensi permainan digital yang dilihat memangkin masa depan cerah seiring perkembangan pesat ekonomi digital sekarang ini membuktikan bakat anak muda tempatan tidak kurang hebatnya.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Metronomik, Wan Hazmer Wan Abd Halim berkata, permainan video ciptaan anak tempatan itu berkonsepkan muzik dan menampilkan pelbagai ciri Malaysia termasuk penggunaan seni dikir barat.

Iklan

Wan Hazmer berkata demikian dalam program Temu Minda: ‘No Straight Roads’ Dalam Kerjaya Kreatif bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, sebagai moderator program itu yang disiarkan menerusi saluran televisyen RTM 1 malam ini.

Permainan video itu boleh didapati menerusi PlayStation 4, Nintendo Switch dan Xbox One.

Iklan

Dalam program itu, Wan Hazmer turut menekankan kepentingan anak muda menerokai bidang permainan video dalam usaha meletakkan bakat dan karya Malaysia setanding di peringkat antarabangsa.

Saifuddin ketika menutup program itu turut mengakui bidang permainan video mempunyai masa depan yang cerah dan perlu diterokai lebih ramai belia.

Tahniah!