Dapat barang pecah dan rosak? Ini perkongsian berguna kaki shopping online perlu tahu

Iklan

SERING kali kita dengar perkongsian kisah pembeli online yang membeli barang lain, tetapi lain pula yang sampai ke tangan. Lucu pun ada.

Ada kes, pembeli pesan casing telefon, tetapi yang diterima ialah set boxer sampaikan terpaksa tepuk dahi sendiri.

Iklan
Iklan

Tak kurang juga dapat barang rosak atau pecah sehingga ada yang buntu sama ada mahu dipulangkan semula atau ‘simpan’ begitu sahaja.

Iklan

Seperti yang dikongsikan pemilik akaun Facebook, Ahmad Albab Ahmad dalam grup Kelab Kaki Deko ini yang kecewa apabila menerima barang deko rumah pecah dalam bungkusan.

Iklan

Persoalan yang ditujukan kepada hampir 676,259 ahli kelab itu mendapat pelbagai reaksi sehingga ada yang tampil membantu.

Tidak kurang juga ada yang berterima kasih berkongsikan isu seumpama itu kerana tidak mustahil akan berlaku kepada sesiapa pun.

Jadi, bagi sesiapa yang pernah dapat barang rosak atau salah sebelum ini, bolehlah buat pemulangan semula barang menggunakan cara yang betul ya?