Jangan terkejut jika jumpa ibu bapa tinggi, tapi anak bantut. Itu penting bacaan HB masa hamil

Iklan

BANTUT biasanya diistilahkan pada golongan yang dilihat tidak mengalami tumbesaran seperti kelaziman pada seseorang itu sesuai dengan usianya. Fizikal mereka dilihat lebih kecil dan pendek.

Rupanya 1 daripada 5 anak Malaysia berdepan bantut ya...

Iklan
Iklan

Dalam erti kata lain, pendek atau rendah berbanding rakan seusianya setelah ditentukan berdasarkan ukuran panjang atau tinggi dengan umur kanak-kanak.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang beranggapan"Ibu bapa pun rendah. Sebab itu anak bantut”.

Iklan

Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bersetuju, faktor genetik boleh menjadi penyebab bantut, namun ia tidak selalunya benar dalam semua kes.

Punca utama bantut sebenarnya disebabkan oleh masalah kekurangan zat yang kronik di awal usia.

Iklan

Untuk pengetahuan anda, 80 peratus pertumbuhan anak bergantung kepada apa yang dialami pada 1,000 hari pertama kehidupan iaitu sejak dari dalam kandungan sehinggalah mereka berusia dua tahun.

Pada masa yang sama, kurang berat badan berbanding usia bermaksud anak anda mengalami kekurangan zat makanan.

Berat yang kurang dalam jangka masa yang lama menyebabkan tubuhnya bukan sahaja tidak cukup zat untuk membesar, malah tidak cukup untuk meninggi.

"Jangan terkejut sekiranya anda menjumpai ibu bapa yang tinggi namun anaknya bantut. Oleh itu, sekiranya anda merupakan ibu bapa yang rendah, anda mempunyai peluang untuk mempunyai anak yang tinggi dengan memastikan amalan pemakanan sihat dimulakan dari awal!," kongsi Bahagian Pemakanan, KKM.

ANEKDOT

Cegah bantut dengan cara:

1. Pastikan kenaikan berat mengikut saranan sewaktu kehamilan

2. Pastikan bacaan darah atau hemoglobin sewaktu hamil adalah 11.0 gm% dan ke atas

3. Berikan susu ibu sahaja (secara eksklusif) kepada bayi dari lahir hingga berusia enam bulan.

4. Mulakan makanan pelengkap pada usia enam bulan seperti memberi makanan mengikut tekstur dan kekerapan yang disarankan.

5. Elak beri kopi dan teh kepada anak yang sedang membesar. Ia boleh menghalang penyerapan kalsium yang penting untuk tulang.

6. Pastikan berat, panjang/ tinggi dan Indeks Jisim Tubuh anak anda sesuai dengan usianya.

Jagalah pemakanan anak-anak anda dari awal. Cegahlah sebelum merana agar mereka dapat membesar dengan cergas dan sihat sentiasa.

Foto: Sumber internet