Projek Perpustakaan Bergerak Ba-ku perkenal budaya Taiwan di Malaysia

Iklan
PERPUSTAKAAN bergerak sangat populat di Taiwan. Kini, budaya positif tersebut diperkenalkan di Malaysia kepada orang ramai.

PERPUSTAKAAN bergerak sangat popular di Taiwan. Kini, budaya positif tersebut diperkenalkan di Malaysia kepada orang ramai.

Taipei Economic and Cultural Office (TECO) dan Persatuan Kebudayaan Han menganjurkan Projek Perpustakaan Bergerak Ba-Ku (Baca Buku) Bersama sempena sambutan Kuala Lumpur Ibu Kota Dunia 2020 dan Dekad Membaca Kebangsaan.

Iklan
Iklan

Memetik laporan media tempatan, wakil TECO di Malaysia Anne Hung berkata, objektif penganjuran projek ini adalah untuk memperkenalkan buku-buku Malaysia dan Taiwan kepada pembaca muda di negara ini.

"Kami memilih 135 jenis buku dari Malaysia dan Taiwan untuk memperkenalkan kesusasteraan dan kebudayaan Taiwan kepada murid dan pelajar bersama buku-buku pelbagai bahasa yang diterbitkan di negara ini," katanya.

Iklan

Projek Perpustakaan Bergerak Ba-Ku (Baca Buku) Bersama itu dirasmikan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Mengulas lanjut, Anne berkata, sebagai permulaan, projek perpustakaan bergerak itu akan menjelajah 20 sekolah rendah dan menengah terpilih di Semenanjung Malaysia bermula 17 Ogos hingga 4 Sept ini.

Iklan

"...ia adalah sebagai usaha menyemarakkan budaya membaca di sekolah dan harus dilihat sebagai pembinaan jambatan interaksi dan komunikasi.

"Ekoran pandemik Covid-19, kami turut menganjurkan sesi perkongsian secara dalam talian dengan menjemput panel-panel terpilih untuk berkongsi pengalaman mereka dalam industri buku," katanya.

Jom Ba-Ku! Membaca itu jambatan ilmu guys!