MINGGU ini, seluruh rakyat Malaysia masih lagi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan. Jadi banyak acara-acara yang berbentuk hiburan telah dibatalkan.
Bagi mereka yang hobinya suka menyanyi, maka inilah masanya untuk anda mengasah bakat.
Oleh itu, Sinar Plus kongsikan kepada anda antara lagu legend karaoke yang wajib dinyanyikan.
1. Lagu Untukmu- Meet Uncle Hussain
Siapa tidak kenal pada vokalis asal lagu ini yang kini digelar Lan Typewriter. Meet Uncle Hussain dulu antara legenda rock yang paling best pada era 2000-an dahulu.
Lagu untukmu boleh dikatakan antara lagu yang paling hit pada era itu. Kalau nak nyanyi lagu ni kena pandai kawal pernafasan sebab lagu ini memang kena tarik kaw-kaw punya
tau!
2. Seberapa Pantas- Sheila On 7
Bila nyanyi lagu Seberapa Pantas ni, terus rasa semangat datang tiba-tiba. Rasa seakan-akan tengah buat konsert pula bila nyanyi lagu Sheila On 7 ni.
Kumpulan Sheila On 7 ini masih lagi aktif berkarya sehingga kini. Selain itu, lagu Sephia juga adalah lagu kegemaran ramai dan ia juga merupakan kisah benar yang menyayat hati. Nak layan jiwa boleh try ‘selagu’ lagu Sheila ni.
3. Tergantung Sepi – Haqiem Rusli
Lagu Tergantung Sepi ini mengisahkan cinta yang tidak berbalas. Boleh termenung jauh bila nyanyi lagu ini.
Orang kata lagu ini untuk budak-budak baru nak up! (BBNU), tapi yang dah lama up pun boleh layan lagu ini.
4. Dari Sinar Mata – Bumiputera Rockers
Lagu ini seseuai bagi mat-mat jiwang. Dari Sinar Mata antara lagu kegemaran yang top dinyanyikan di pusat-pusat karaoke. Kalau kita nyanyi dan hayati lirik lagu ini, memang hati berbunga habis beb!
5. Madah berhelah - Ziana Zain
Madah Berhelah ialah album studio pertama Ziana Zain yang dipasarkan pada tahun 1991. Lagu yang mempopularkan nama Ziana ini memang amat digilai ramai dan masih popular sehingga ke hari ini. Tak jemu beb. Siapa yang boleh tarik lagu ini memang salute habislah. Vokal anda memang padu!
6. Intifada – Rabbani
Biasanya lagu ini memang ramai yang tahu dan wajib nyanyi di karaoke. Boleh dikatakan sesuai sebagai lagu penutup selepas ‘menyumbang’ kan beberapa lagu. Boleh nyanyi beramai-ramai.
Lagu Intifada oleh kumpulan Rabbani ini juga adalah lagu nasyid paling legend selepas lagu Raihan.
Banyak lagi senarai lagu karaoke yang boleh anda nyanyikan. Terpulang pada selera masing-masing.
Selamat berkaraoke. Yang penting jangan keluar rumah tau.
#stayathome #dudukrumah