3 rejim kecantikan amalan wanita Jepun, patutlah mulus dan berseri

Iklan
tip cantik

TIDAK keterlaluan menyifatkan wanita Jepun antara kelompok yang memiliki kulit wajah cerah dan berseri meskipun menjalani kehidupan dalam empat musim iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk.

Iklan
Iklan

Pasti kita tertanya-tanya, bagaimana wanita di Negara Matahari Terbit itu menjalani rejim kecantikan dalam keadaan musim bersilih ganti.

Justeru, Sihat Cantik kali ini berkongsi tiga tip popular yang kerap diamalkan wanita Jepun setiap hari.

1- Teh hijau

Iklan

Sebanyak 90 peratus wanita Jepun bukan sahaja mengamalkan pemakanan seimbang, malah turut menikmati sekurang-kurangnya dua cawan teh hijau setiap hari.

Iklan

Teh hijau yang kaya dengan sumber antioksidan membantu mengurangkan beberapa jenis kanser dan memperlahankan proses penuaan kulit.

Ia termasuklah, meningkatkan pelindungan daripada kerosakan matahari, imuniti dan kesihatan kardiovaskular.

Justeru, kepada penggemar kafein, untuk peringkat pemulaan cuba amalkan menghirup secawan teh hijau tanpa gula setiap setiap pagi untuk kecantikan wajah dan kesihatan badan.

2- Mandi air panas

Tahukah anda, wanita Jepun juga sering memilih untuk berendam di dalam jazuki atau tab mandi berisi air panas yang suhunya 38 and 40 °C.

Amalan tersebut adalah untuk merehatkan badan yang lesu dan minda keletihan selepas berhempas pulas dengan tugasan harian.

Pada masa sama, mereka turut menggosok tubuh badan menggunakan herba dan daun teh hijau bagi mengecilkan liang pori, mengurangkan iritasi dan meningkatkan kelembapan kulit badan.

3- Pelindung cahaya matahari

Sebelum keluar rumah, wanita di negara Matahari Terbit sentiasa memastikan wajah mereka dilapisi krim pelembap dan pelindung sinaran ultra ungu (UV) bagi mengelakkan berlakunya selar matahari.

Jika selar matahari tidak diatasi dengan segera ia bukan sahaja menyebabkan masalah pigmentasi, bahkan ton kulit wajah juga menjadi tidak sekata.

Selain krim, wanita Jepun turut memakai topi dan menggunakan payung bagi melindungi kulit wajah dan kepala daripada haba matahari.