SINAR PLUS 16 OGOS 2020

Iklan
epaper suhaili

SELEPAS menghirup secawan teh tarik dan menjamah sekeping roti bakar berintikan kaya, Suhaili Micheline Ahmad Kamil segera mengambil sehelai tisu lalu menyapu lembut bibirnya.

Kemudian, wanita berusia 35 tahun yang mesra disapa Sue itu membetulkan postur badan dan duduk tegak.

Iklan
Iklan

"Maaf ya, duduk begini (tegak) bukan bererti ‘sombong‘, tetapi dah jadi tabiat sejak kecil.

"Sebagai penari, perkara utama yang dititikberatkan adalah sentiasa menjaga postur badan khususnya ketika menari. Pun begitu, ia terbawa-bawa pula dalam rutin harian walaupun hanya duduk bersantai di kafe," kata Sue membuka bicara ketika ditemui SinarPlus di sebuah kafe kopitiam di Petaling Jaya, Selangor pada Isnin lalu.

Iklan

Mungkin ada yang tertanya-tanya, siapakah gerangan wanita tersebut sehingga wajah beliau diangkat sebagai penghias sisipan SinarPlus minggu ini.

Iklan

Ikuti perkongsian lanjut dengan melayari E PAPER SINAR PLUS   terbitan Sinar Harian secara digital pada setiap minggu.

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat dan gaya hidup turut disajikan antaranya, Kitaran Haid Tak Menentu nSatu Masalah dan Bas Zaman Dulu Jadi Pelaris.