JANGAN tak pakai... umum maklum, penggunaan topeng pelitup muka sangat penting bagi membendung wabak covid-19 yang masih melanda negara, selain keperluan penjarakkan sosial.
Lebih-lebih lagi jika gagal memakainya, bersedialah berdepan dengan denda RM1,000 yang ditetapkan kerajaan.
Begitupun, lazimnya topeng pelitup muka ini hanya dipakai sekali dan terus dibuang bagi mengelakkan jangkitan virus pandemik itu.
Apa pun sebenarnya, topeng pelitup muka terpakai ini ada gunanya. Bagi yang kreatif dan rajin, ia boleh ditransformasikan sebagai kraftangan hiasan.
Akan tetapi, bukan semberono saja, ada kaedah untuk memanfaatkannya.
Tertarik dengan satu perkongsian video milik artistic_unity_ yang kreatif mengolah bahan terbuang menjadi satu hiasan dinding yang cantik.
Topeng pelitup muka terpakai disteril dengan air mendidih terlebih dahulu sebelum dikeringkan.
Kemudian ia dipotong-potong mengikut kelopak bunga dan disusun pada hiasan dinding lengkap dengan cermin bulat.
Zass! Siap sekejap sahaja. Jadi selepas ini, buat yang rasa tak mahu membazir, topeng muka yang sudah dipakai bolehlah tidak dibuang begitu sahaja.
Boleh digunakan lagi sebagai hiasan, tapi yang penting kena steril dahulu.
Barangkali nak selamat hanya gunakan pelitup muka terpakai yang digunakan oleh diri sendiri. Bukan kutip yang dibuang orang lain pula ya!