Guru nekad hasilkan replika Covid-19, walau dapat tentangan awal

Iklan
Guru nekad hasilkan replika Covid-19, lambang perjuangan bebaskan pandemik walaupun mendapan tentangan awal

PATRIOTIK! Itu adalah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan keperibadian seorang guru Tabika di Balik Pulau, Pulau Pinang apabila menzahirkan rasa cinta  dan semangat patriotisme sempena menyambut bulan kebangsaan kali ini dengan menghasilkan sebuah replika virus Covid-19, sebagai lambang perjuangan untuk membebaskan Malaysia daripada wabak berkenaan.

Guru tersebut yang dikenali sebagai Normala Mad Desa, berkata replika yang dihasilkannya bersama seorang rakan bagi menyambut  Hari Kebangsaan ke-63 kali ini berbeza kerana ia tidak melibatkan pembinaan replika mercu tanda negara sebagaimana dilakukan beliau tahun-tahun sebelum ini.

Iklan
Iklan

Jika sebelum ini mereka membina Menara Berkembar Petronas (KLCC), Jambatan Pulau Pinang dan kereta api kabel (funikular) Bukit Bendera, kini, replica virus Covid-19 jadi pilihan.

Iklan

Memetik laporan portal media tempatan, baru-baru ini  beliau turut menerima kunjungan daripada pasukan"Info on Wheels” (IOW) Merdeka, JAPEN daerah Barat Daya yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN), Pulau Pinang, Ibrahim Hashim.

Menurut Normala, beliau mengambil inisiatif untuk menghiasi rumah sempena menyambut bulan kebangsaan pada setiap tahun kerana telah diasuh sejak kecil oleh bapanya yang merupakan seorang ketua kampung dan amalan berkenaan sudah sebati dalam dirinya.

Iklan

Bercerita lanjut mengenai idea menghasilkan replika tersebut, Normala berkata pada mulanya pembinaan replika virus Covid-19 itu tidak dipersetujui oleh suaminya, Tajuddin Abdul Rani, 63, kerana dikhuatiri disalah tafsir oleh penduduk setempat mahupun pelawat yang berkunjung ke Balik Pulau.

Menurut Normala, beliau berharap penduduk yang terpandang replika tersebut juga sentiasa berwaspada dan menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mencegah penularan wabak Covid-19.

Katanya, replika tersebut mengambil masa dua minggu untuk dihasilkan dengan menggunakan batang aloi, batang plastik dan pembalut plastik yang disumbangkan oleh Jabatan Penerangan (JAPEN) Pulau Pinang termasuk Jalur Gemilang.