Jiwa terseksa, bukan menantu pilihan

Iklan

MEMILIKI suami yang baik dan penyayang memang satu anugerah tidak terhingga dalam alam perkahwinan.

Hidup akan berasa lebih indah jika si suami tidak pernah culas memberi nafkah meskipun usia perkahwinan sudah menginjak hampir 30 tahun.

Iklan
Iklan

Pun demikian, sikap ibu mertua mencalarkan segalanya. Hati mana yang tidak sakit apabila diri dituduh sebagai anak luar nikah gara-gara tidak mengetahui asal usul keluarga kandung.

Jiwa makin menderita apabila dilayan endah tidak endah disebabkan bukan menantu kesayangan.

Iklan

Apa yang patut dilakukan oleh wanita malang itu untuk merawat rajuk pada hatinya?

Ikuti perkongsian Pakar Motivasi dan Kaunseling Rumah Tangga terkemuka, Haji Hushim Salleh yang akan merungkai permasalahan pada Soal Jawab Netizan Edisi Rahsia Rumah Tangga minggu ini.

Iklan