Doktor bongkar penipu Covid-19, caj RM150 pakai kad kredit!

Iklan
AWAS! Scammer penunggang isu Covid-19, doktor bongkar modus operandi si penipu!

"Hello, berdasarkan sistem kami tuan telah terdedah kepada seseorang yang positif Covid-19. Tuan dan keluarga perlu kuarantin di rumah dan menjalani ujian saringan Covid-19."

Siapa sahaja dalam kalangan kita pasti akan panik apabila menerima panggilan telefon seperti ini.

Iklan
Iklan

Menurut Pengerusi dan Pengasas Bersama Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris, kita seharusnya peka dan meneliti kesahihan panggilan yang diterima sebelum mengambil apa-apa keputusan atau tindakan susulan.

Iklan

"Tuan dan keluarga perlu menjalani ujian Covid-19 dalam masa 72 jam dari sekarang. Kami akan hantar satu set ujian ke alamat tuan. Bayaran RM150 akan dicaj untuk ujian ini."

"Boleh tuan sebutkan nombor kad kredit dan tiga nombor terakhir di belakang kad?”

Iklan

JANGAN...

JANGAN...

JANGAN...

JANGAN sesekali dedahkan nombor kad kredit atau butiran peribadi kita tanpa usul periksa!

Ini bukanlah SOP dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Kakitangan KKM tidak akan membuat panggilan untuk minta maklumat peribadi atau kad kredit.

Ya, tidak dinafikan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah atau CPRC Negeri akan hubungi jika ada keperluan"contact tracing".

Menurut Dr Ahmad Firdaus, panduan dan temujanji akan diberikan untuk saringan dibuat di fasiliti kesihatan yang berkenaan.

Jika kita terima panggilan yang minta maklumat untuk urusan pembayaran, jangan berikan sebarang maklumat.

Dapatkan maklumat daripada pemanggil seperti nama dan institusi pemanggil. Rekodkan nombor telefon pemanggil dan saya cadangkan buat laporan polis.

Zaman sekarang, scammer akan gunakan keresahan dan panik masyarakat untuk membuat penipuan dan mengaut keuntungan.

Percayalah, apabila maklumat kad kredit dicuri, bukan RM150 sahaja yang hilang, mesti sampai"max out" had kredit terus.

Hati-hati ya! Semoga bermanfaat.