Jangan lembapkan bibir kering yang mengelupas guna lidah. Ini sebabnya....

Iklan
tip cantik

CUACA panas dan hujan yang tidak menentu bukan sahaja menyebabkan kulit wajah menjadi kering, bahkan bahagian bibir turut mengalami masalah sama.

Justeru, bagi individu yang berdepan situasi bibir kering dan mengelupas jangan sesekali melembapkan bahagian itu dengan menggunakan lidah.

Iklan
Iklan

Tindakan sedemikian akan memudaratkan kerana ia menyebabkan lapisan minyak yang melindungi bibir berkurangan, sekali gus nilai pH tidak sekata.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah bibir kering segmen Sihat Cantik kali ini berkongsi antara solusi yang boleh dipraktikkan. Antaranya ialah:

Iklan

Pelindung UV

Iklan

Sebelum keluar rumah atau melakukan aktiviti harian di luar (outdoor), pastikan bibir korang telah dilapisi pelindung sinaran matahari. Kandungan titanium dioxide dan zink membantu mengelakkan rengsa pada bibir.

8 gelas air putih

Korang juga dinasihatkan supaya minum lapan gelas air putih setiap hari bagi mengekalkan kelembapan yang berpanjangan.

Pada masa sama, amalan minum air putih juga membantu melancarkan sistem pencernaan.

Ia termasuklah, menghindarkan masalah sembelit dan membakar kalori dengan cepat.

Salap bibir berperisa

Elak menggunakan pelembap bibir berperisa buah seperti strawberi atau beri kerana bahan kimia terkandung di dalam boleh menghilangkan kelembapan.

Sebaik-baiknya memperbanyakkan makan buah dan sayuran yang kaya dengan zat baik untuk sistem dalaman badan serta kecantikan kulit wajah.