KECELARUAN keresahan atau dalam bahasa Inggeris, anxiety neurosis atau anxiety disorder biasa berlaku dalam kalangan masyarakat.
Pun begitu, bagi sebahagian daripada kita, keresahan berlaku terlalu kerap sehingga ia mula bertukar menjadi satu gangguan yang tidak normal.
Antara tanda-tandanya, seseorang itu mengalami masalah bimbang sepanjang masa, sukar tidur, ketegangan otot dan masalah penghadaman yang kronik disebabkan gejala itu.
Ada juga yang mengalami nervous breakdown’ seperti tiba-tiba marah, menjerit, atau mengamuk hingga hilang rasa malu dan takut, hanya fokus kepada komen negatif, panic attack dan sukar menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Akan tetapi, bolehkah ia berlaku pada golongan kanak-kanak? Adakah ia sesuatu yang normal?
Ini antara perkongsian berkaitan oleh Occupational Therapist (Paediatric), Liyana Raya yang berkongsi ilmu:
ANXIETY ni sebenarnya benda biasa je.. takut, resah dan gelisah adalah part of our emotions pun. And it is actually normal untuk semua manusia termasuklah anak kecil untuk ada perasaan ni.
Dari usia baby sampai 3 tahun, biasanya mereka akan lebih attach dengan ibu atau ayah atau penjaga yang hari-hari jaga mereka. So anak-anak di usia ni dia dah terbiasa dengan bau, suara, sentuhan serta cara dukungan pun... diorang boleh tau beza siapa yang biasa dukung dan siapa yang tak biasa.
So, normal kat fasa usia ni kalau kanak-kanak memang takut dengan"unfamiliar face, place or situations” la orang kata.
But be careful.
Waktu usia 0-3 tahun ni adalah fasa eksplorasi ye bagi kanak-kanak. Fasa di mana anak memang kena comot, kena sepah barang, kena experience main di luar yang mana masih dalam kawalan kita sebagai orang dewasa.
Namun... KESILAPAN TERBESAR yang saya biasa lihat ketika mana anak-anak di usia ini yang biasa ibu bapa buat adalah:
ASYIK CAKAP TAK BOLEH.
HALANG ANAK DARI BEREKSPLORASI.
OVER PROTECTIVE.
KURANG BAGI ANAK BERMAIN.
Semua ni boleh lead kepada ANXIETY YANG MELAMPAU.
Macam mana nak tengok anak-anak yang punya anxiety yang melampau ni?
1. Menangis tak keruan apabila ditinggalkan seorang diri.
2. Walaupun masih di usia 1 tahun, jika ibu bapa bersikap sangat over protective, anak sekecil ini tidak mampu pun nak kawal diri dan perasaan takutnya apabila berada di kalangan rakan seusianya. Ini menyebabkan apabila berada di taska atau rumah pengasuh, dia sangat"clingy” ataupun nak melekat dengan seorang orang dewasa tuuuu saja... padahal sepatutnya di usia ni, dia dah kena pandai observe kawan-kawan buat apa..main apa... walaupun dia tak join pun kawan dia main.
3. Bersikap sukar dipujuk dan lebih suka menangis.
4. Ada sesetengah kanak-kanak bersikap tantrum yang melampau. Melampau sangat sampaikan masa dia mengamuk tu, dia tak sedar yang dia dah tersepahkan barang-barang, terhempuk kawan, terhentak meja dan sebagainya.
5. Ada juga yang ketika mana sudah memasuki usia 4 tahun, walaupun petah bercakap di rumah, namun di tadika atau dalam kalangan orang tidak dikenali, dia akan keraskan badan.. tidak mahu langsung bercakap... pendek kata, kita katakan sebagai"selective mutism”. Kanak-kanak seperti ini dia pilih orang yang dia selesa nak cakap.
6. Ada juga yang display certain Sensory Processig Disorder issues contohnya sangat penggeli, memilih makan, takut dengan sesuatu bunyi atau tak boleh tolerate dengan kekotoran. Sentiasa nak jadi pembersih dan mesti kemas, kadang tu termasuklah tulisan. Asal tak cantik sikit mesti nak padam.
Semua ni boleh membawa kepada rasa kurang keyakinan diri apabila mereka sudah meningkat dewasa.. mudah rasa gelisah akan sesuatu situasi yang unpredictable dan kemahiran bersosial turut kurang, yang mana anak seperti ini tak tahu bagaimana nak menyelesaikan konflik sosial dengan baik. Akibatnya mereka mudah dibuli atau mereka yang menjadi pembuli dan mudah baran.
**Yang jadi pembuli atau baran ni bukan sebab ni saja ya... ada faktor lain juga so jangan jadikan satu sebab ni saja sebagai punca kepada anak yang pembuli atau baran tu ya... yg ni topik lain pulak.**
Biasanya jika anda nampak anak-anak anda ada isu-isu seperti ini, segeralah bawa berjumpa dengan doktor psikiatri kanak-kanak. Bukan bertanya sana sini dan rujuk kepada mereka yang bukan dalam bidang kepakarannya.
Orang yang bukan pakar pastinya akan suruh"back to nature, back to play” but still, ada kerisauan yang mana tak semua the whole development process dapat diperbaiki kerana mereka tidak tahu yang ada beberapa isu kelewatan perkembangan harus dijalankan rawatan terapi bagi memastikan kelewatan perkembangan itu seiring dengan usia mereka.
Tetapi sebagai langkah awal, mulakan dengan diri anda sendiri.
STOP BEING OVER PROTECTIVE PARENTS. WAKTU ANAK SEDANG BEREKSPLORASI ANDA WAJIB PANTAU, BUKAN MAIN TELEFON.
Pendedahan terhadap benda kotor harus diberikan secara berperingkat. Ajar anak mengemas sekali selepas mereka selesai membuat kotor.
Ajar anak melompat dan memanjat (dengan pemantauan) untuk membina keyakinan diri mereka. Risiko jatuh semua ada,tapi bantu mereka untuk menangani risiko tersebut.
In fact, terapi harus diberikan bagi memantau perkembangan yang sedikit terlewat akibat daripada sikap anda yang being too over protective ni. Anxiety dalam diri kanak-kanak bukan sesuatu yang harus dipandang remeh. Jika berlanjutan, diagnosis dari pakar harus diberikan.
There is a therapy called as Play Therapy yang boleh bantu anak-anak anda dalam mengatasi isu-isu anxiety ni.
Occupational Therapist seperti saya hanya pemudah cara. Mengenal pasti kelewatan yang"timbul” akibat anak-anak yang bersikap anxiety ni. Rujukan akan dibuat jika terdapat simptom-simtom yang merisaukan.
Jangan pandang remeh akan isu anxiety dalam kalangan anak-anak ini.
Sebagai ibu bapa, belajarlah untuk bersikap tenang. Banyaknya kerisauan kita, kita boleh minta doa banyak-banyak untuk ALLAH jagakan kerisauan kita pada anak-anak. Selebihnya, kita harus tahu bagaimana nak bagi anak hidup gembira dengan fitrah mereka.
Ingat, jika kita risau, anak boleh"rasa” kerisauan kita.
Jika kita anxious, anak pun boleh rasa dan terikut sama nak jadi anxious.
Pilihan di tangan kita.
Kredit: FB Liyana Raya