Dah suci daripada period, tapi lewat mandi wajib sebab ada kekangan tertentu...

Iklan
Mandi wajib

UMUM mengetahui bahawa wanita yang sudah kering daripada darah haid atau period diwajibkan untuk segera mandi wajib.

Ia sangat penting kerana untuk mereka melakukan ibadah seperti menunaikan solat dan seumpamanya.

Iklan
Iklan

Namun begitu,adakalanya darah haid berhenti ketika kita ada urusan di luar contohnya di pejabat. Keadaan itu menyukarkan untuk mereka mandi wajib.

Apabila keadaan itu berlaku, sudah tentu wanita tadi tidak boleh solat kerana belum membersihkan dirinya.

Iklan

Dalam kes seperti ini, apakah hukumnya jika melambatkan mandi wajib, sedangkan darah haid sudah habis ketika Zuhur semasa di pejabat tadi?

Menurut pendakwah dan penulis, Ustaz Mustafar Mohd Suki, dalam perihal haid, hukum asal solat bagi wanita yang datang bulan adalah dilarang sama sekali.

Iklan

Ia berdasarkan hadis Saidatina Fatimah binti Abi Hubaisy dalam Riwayat al-Bukhari dan Muslim yang mana Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila kamu didatangi haid, maka tinggalkan solat, apabila tempohnya sudah berlalu hendaklah kamu mandi dan bersihkan darah lalu dirikan solat."

Agamawan itu turut mengemukakan pandangan Imam al-Nawawi dalam kitabnya, Syarah Sahih Muslim bahawa ulama telah sepakat wanita perlu meninggalkan solat ketika datang haid.

Usah pandang remeh tentang bab-bab ibadah ini. Kepada para wanita, pekalah tentang perihal period masing-masing.