Warga Itali jatuh cinta sajian Malaysia, sempoi berkain pelikat

Iklan
Warga Itali jatuh cinta sajian Malaysia, sempoi berkain pelikat

PERIBAHASA Inggeris"the proof of the pudding is in the eating", ternyata tepat bagi warga Itali Francesco De Leonardis yang pertama kali merasai hidangan nasi campur pada bufet majlis akad nikahnya di London, 14 tahun lepas, adalah permulaan berputiknya cinta beliau dalam masakan tradisional Malaysia.

Memetik laporan media tempatan, Leonardis, memilih nama Islam, Daniyal Yaqeen, berterima kasih kepada isterinya, Eita Salehoddin, dari Malaysia kerana memperkenalkannya ilmu masakan tempatan tersebut.

Iklan
Iklan

Daniyal yang telah mencuba laksa Johor, laksa Pulau Pinang serta pelbagai hidangan nasi Malaysia, amat meminati tauhu bergedil dan pelbagai jenis masakan kari, ‘asalkan tidak terlalu pedas’.

Iklan

Eita, yang berasal dari Muar, Johor berkata, beliau amat terharu melihat suaminya dapat menyesuaikan diri dengan makanan dan budaya Malaysia.

Iklan

Untuk menggalakkan minat suaminya dalam sajian Malaysia, beliau juga menampilkan suaminya dalam saluran masakan di YouTubenya, Cooking with Eita, yang beliau biasanya menyediakan masakan tradisi Melayu seperti daging masak hitam cara orang Perak dan beriani komak.

Selain masakan, cinta Daniyal terhadap budaya tempatan Malaysia turut seiring, Daniyal boleh dilihat dalam video itu memakai kain pelikat dan bertutur dalam bahasa Melayu ketika membantu isterinya memasak.

Apabila ditanya apakah yang mendorongnya memakai kain pelikat, Daniyal berkata kain itu merupakan barang hantarannya semasa majlis akad nikah dan dia mencontohi bapa mentuanya yang memakai kain pelikat.

Pasangan itu sebelum ini kerap pulang ke Malaysia. Bagaimanapun sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan berikutan pandemik global pandemik Covid-19 menyebabkan mereka tidak dapat melakukan perjalanan ke sini sejak beberapa bulan yang lepas, membangkitkan kerinduan mereka kepada Malaysia dan peluang untuk mencuba lebih banyak makanan yang sedap dan lazat.