Hanie Soraya, peserta pertama tersingkir di pentas Big Stage 2020

Iklan
Hanie Soraya - Big Stage 2020

PENYANYI Hanie Soraya menjadi peserta pertama tersingkir daripada program Big Stage 2020, pada konsert minggu kedua yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Hanie yang mengisi tema Hype Beat dengan menyampaikan lagu Ku Bahagia nyanyian asal daripada Melly Goeslaw itu gagal menarik perhatian juri apabila berada pada kedudukan tiga terbawah dengan markah 57 peratus (%).

Iklan
Iklan

Nasib juga tidak menyebelahi Hanie apabila undian peminat tidak berpihak kepadanya untuk terus kekal dalam program tersebut dan terpaksa akur dengan penyingkiran.

Fadh Majid dan Amir Hassan yang turut berada pada kedudukan tiga terbawah bagaimanapun terselamat dan berjaya meneruskan saingan pada minggu ketiga bersama Usop, Azzam Sham, Qody Rani, Farisha Iris, Nana Sheme, Sandra Dianne, Hafiz Zainal, Dinie Rashid dan Yamani Abdillah.

Iklan

Big Stage yang kini memasuki musim ketiga menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir. Manakala Ernie Zakri selaku juri jemputan dan Caprice mewakili Presiden Netizen.

Program yang dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104), setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 16 Ogos lalu.

Iklan