SIAPA sanggup melihat insan tersayang menderita sakit lebih-lebih lagi buah pinggang disahkan kronik tahap 5.
Tidak sanggup melihat suami tersayang tidak bermaya dan bergantung hidup dengan dialisis, Norhasnizah Hadinin sanggup membuat keputusan drastik.
Masakan tidak, wanita berusia 36 tahun itu sanggup mendermakan sebelah buah pinggangnya untuk didermakan kepada suami, Muhamad Hizat Firdaus Kamarulzaman, 33.
Perkongsian anak kelahiran Sabah itu dalam akaun Facebooknya menjentik hati warganet apabila sanggup berkorban demi suami tersayang.
Rata-rata warganet menitipkan kata-kata semangat dan doa buat pasangan romantik ini. Tidak kurang juga ada yang sebak dengan pengorbanan wanita itu.
Cukup terharu dengan pengorbanan wanita ini. Moga keduanya terus sihat dan kembali aktif ya? #janganputusasamalaysia