U MOBILE baru-baru ini bekerjasama dengan Waze dan Terowong SMART untuk menyediakan ketersambungan GPS bagi pemandu yang melalui terowong dwifungsi yang terpanjang di dunia itu.
Justeru, selepas ini, para pengguna yang melalui terowong itu tidak lagi perlu bimbang jika tersesat jalan atau tersilap susur keluar di kawasan tersebut dengan adanya peranti mudah alih Waze Beacons yang dipacu oleh Bluetooth. Peranti itu akan menjamin ketersambungan yang lancar dan navigasi berterusan walaupun isyarat GPS lemah.