Jangan langgar garisan putih dan kuning sesuka hati. Fahami fungsinya ketika memandu

Iklan

PERASAN atau tidak? Setiap kali memandu atau menunggang motosikal, pasti akan terlihat garisan putih di tengah jalan untuk penjalan kaki yang orang selalu panggil zebra crossing.

Selalunya garisan putih ini kerap dilihat di pusat bandar dan kawasan tumpuan ramai.

Iklan
Iklan

Tetapi, selalunya memang jarang-jarang kenderaan mahu berhenti jika tiada lampu isyarat merah di garisan putih berkenaan. Betul kan?

Iklan

GARISAN PUTIH

Apa yang perlu umum maklum, pemandu mahupun penunggang kenderaan mesti atau diwajibkan berhenti ketika melalui garisan putih ini untuk memberi peluang kepada penjalan kaki melintas jalan dengan selamat.

Iklan

Jadi kena ingat ya? Jika nampak garisan PUTIH ini, kita DIWAJIBKAN untuk BERHENTI, kecuali kalau garisan itu berwarna kuning.

GARISAN KUNING

Jalur kuning ini selalunya boleh nampak di hadapan sekolah, perhentian bas, simpang jalan dan taman awam. Ini dipanggil lintasan satu peringkat untuk laluan dua lorong atau dua peringkat untuk laluan empat lorong.

Untuk garisan ini pula, SIAPA YANG SAMPAI DULU garisan kuning terbabit, maka pihak satu lagi sama ada pemandu kenderaan mahupun penjalan kaki KENA TUNGGU sebelum melintas.

Sudah faham? Mungkin selepas ini masing-masing boleh ambil peranan ketika melalui garisan putih dan kuning ini ya! Semoga memberi manfaat.

Sumber: planmalaysia.gov.my