Sushi sandwich guna roti, sesuai buat anda yang sedang mengamalkan diet nasi

Iklan
Sushi sandwich guna roti, sesuai buat anda yang sedang mengamalkan diet nasi

MENU ketika sedang berdiet tidak semestinya membosankan. Cara masakan yang digunakan dalam penyediaan hidangan juga akan memberi kesan kepada khasiat juadah tersebut. Apa yang penting perlu kreatif!

Seperti sushi, rasanya tak perlu lagi nak diperkenalkan, bukan saja diminati di Malaysia malahan ia merupakan antara makanan wajib ada di seluruh dunia yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan orang ramai.

Iklan
Iklan

SinarPlus juga percaya ramai yang menyukai sushi sehinggakan ada yang akan mengambilnya pada setiap hari jika. Selain itu, sushi juga sebenarnya boleh dipelbagaikan dan dihidang dalam pelbagai cara.

Iklan

Seperti apa yang dikongsi oleh Shahrul Bieha, dia mengolah menu kegemaran masyarakat Jepun itu dengan dengan menggunakan roti sandwich dan cara untuk membuatnya juga sangat mudah!

Jom kita tengok resipi sushi sandwich beliau yang dikongsikan melalui Facebook page Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Iklan

Pertama sekali kita sediakan dulu bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sushi sandwich tersebut.

Bahan-bahan

  • Seaweed roasted potong 2 (beli yang khas untuk buat sushi)
  • Roti Gardenia
  • Salad secukupnya
  • Mayonis
  • Carrot yang telah dipotong memanjang
  • Sosej / crabstick dicelur dan dipotong-potong

    *Ramai yang tanya nak beli seaweed dekat mana yang halal. Biasanya boleh beli dekat AEON atau Shopee mudah nak dapat.

Bahan Topping

  • Sos cili
  • Mayonis
  • Thousand island / chesee
  • Bijan

Wah menarik kan, so kalau anda tengah diet tu tukar la roti putih biasa ke roti fiber yang lebih menyihatkan.

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba!