Dulu Mcdonald’s kini 'Mekdi'

Iklan
Dulu Mcdonald’s kini 'Mekdi'

Mcdonald’s Malaysia akan memaparkan papan tanda ‘Mekdi’, iaitu singkatan panggilan McDonald’s yang sinonim dalam kalangan penduduk tempatan, di 16 restoran terpilih di seluruh negara.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, ia dilancarkan sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, serta sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menyokong rangkaian makanan segera itu yang telah bertapak di negara ini sejak 38 tahun lepas.

Iklan
Iklan

Beliau berkata kesemua 16 restoran itu dipilih sendiri rakyat Malaysia yang diberi peluang untuk membuat undian restoran McDonald’s yang akan memaparkan papan tanda berkenaan.

Iklan

Sempena sambutan bulan kemerdekaan juga katanya, McDonald’s Malaysia membawakan sentuhan baharu kepada menu Nasi Lemak McD yang popular.

Iklan

Beliau berkata, pelanggan juga boleh memilih untuk menikmati Nasi Lemak McD bersama kepingan ‘Spicy Chicken McDeluxe’ atau kepingan ‘Grilled Chicken Burger’.

Dalam perkembangan lain, Melati berkata McDonald’s Malaysia merancang untuk membuka 450 restoran menjelang 2025 berbanding 300 restoran pada ketika ini.

Selaras dengan perancangan itu, McDonald’s Malaysia menyasarkan untuk menambah seramai 10,000 lagi tenaga kerja, berbanding kira-kira 14,000 kakitangan yang ada pada masa ini.

Apa tunggu lagi, jom ke Mekdi!