Moovit, bantu penumpang Rapid Bus rancang perjalanan

Iklan
Moovit, bantu penumpang Rapid Bus rancang perjalanan

BERITA baik bagi anda yang menggunakan perkhidmatan bas awam sebagai pengangkutan utama dalam menjalani kehidupan seharian. Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), pengendali operasi perkhidmatan bas Rapid KL, Go KL dan SMART Selangor, hari ini mengumumkan ketersediaan maklumat sebenar lokasi bas menerusi aplikasi Moovit.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Muhammad Yazurin Sallij berkata, dengan aplikasi itu penumpang dapat menyemak lokasi semasa sebenar bagi laluan bas di Lembah Klang termasuk bas perantara Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Go KL dan beberapa laluan perkhidmatan bas Smart Selangor terpilih.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dengan adanya kemudahan maklumat perjalanan ini melalui aplikasi telefon pintar, penumpang juga boleh menunggu bas mereka sambil bersantai atau melakukan aktiviti lain sementara menunggu ketibaan bas.

Iklan

Muhammad Yazurin berkata sebelum ini, pihaknya telah melancarkan perkongsian data masa nyata atau ‘real-time’ bersama Google Maps pada 18 Jun lalu.

Iklan

Beliau berkata pihaknya turut merancang meluaskan rangkuman data lokasi kepada perkhidmatan bas perantara MRT, Rapid Penang di Pulau Pinang dan Rapid Kuantan di Pahang pada masa hadapan.

Pengguna perkhidmatan bas Rapid KL boleh memuat turun aplikasi Moovit daripada Google Play atau Apple App Store.