Malaysia #QuranHour, mantapkan lagi akhlak ummah

Iklan
Malaysia #QuranHour, mantapkan lagi akhlak ummah

PROGRAM Malaysia #QuranHour yang bakal berlangsung pada 30 Ogos ini bertujuan memantapkan lagi akhlak umat Islam sebagaimana tuntutan Islam sebagai agama yang sejahtera.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, pada masa yang sama juga program itu membawa misi untuk membuka fikiran umat Islam supaya lebih yakin berbicara tentang al-Quran.

Iklan
Iklan

Program Malaysia #QuranHour ke-6 mulai 12 tengah hari hingga 1 tengah hari akan disiarkan secara langsung menerusi TV AI-Hijrah, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV dan Astro Oasis serta di Facebook Sinar Harian, QuranHour dan TV AI-Hijrah.

Iklan
Iklan

Sebagai tanda solidariti bersama, umat Islam boleh mengambil gambar sendiri atau bersama keluarga dan rakan dengan mengekalkan jarak fizikal dan memuat naik ke dalam media sosial menggunakan tanda pagar Malaysia #QuranHour.