BERITA baik buat anda yang masih menganggur atau sedang mencari peluang pekerjaan! Kini, lebih 4,000 kekosongan jawatan ditawarkan oleh 85 syarikat yang menyertai Program Minggu Karnival PenjanaKerjaya Merdeka 2020 yang sedang berlangsung di seluruh negara sehingga Sabtu ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, program sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 tahun itu selari dengan inisiatif kerajaan bagi memastikan semua yang terjejas pekerjaan mereka akibat pandemik Covid-19, mendapat pekerjaan baharu.