Tip servis aircond di rumah hanya guna remote sahaja. Mudah jer rupanya.

Iklan

CUACA sekarang sangat panas. Kalau dapat penghawa dingin atau kita biasa sebut aircond supaya lebih mudah faham, tentu best.

Tapi aircond tu kenalah servis selalu. Kalau tak servis tak sejuk la dia.

Iklan
Iklan

Mungkin ramai yang ingat mahal nak servis aircond ni tapi tahu tak rupa-rupanya, kita boleh servis aircond sendiri hanya dengan menggunakan remote sahaja. Mudah kan?

Caranya adalah selepas gunakan aircond pada waktu malam, jangan sesekali matikan terus aircond tersebut sebaliknya ini langkah penting yang perlu tahu.

Iklan

Teknik-teknik bersihkan aircond mudah di rumah:

    Iklan

  • Tetapkan mode daripada 'cool' ke mode 'fan' dan ubah kelajuan kipas ke tahap paling tinggi.
  • Biarkan ia berfungsi selama 15 minit.
  • Kemudian matikan aircond.

Mengapa perlu tetapkan ke mode 'fan'?

Tujuannya adalah untuk mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.

Ia akan mengeringkan kelembapan dalaman unit aircond dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat yang disebabkan oleh debu, kotoran dan kelembapan.

Namun begitu, sedikit pesanan buat orang ramai, jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode 'cool' apabila menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.

Kredit: Malaysia Viral Story